Berita Harian

Kerajaan sedia tambah bajet atasi isu vandalisme

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedia menambah bajet peruntukan penyelengg­araan dan kerja pembaikan kemudahan miliknya supaya kemudahan awam dalam keadaan baik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata langkah itu bagi mengatasi isu segelintir rakyat melakukan vandalisme dan merosakkan harta kerajaan serta kemudahan di tempat awam.

Katanya, perkara sedemikian tidak wajar berlaku di negara ini terutama ketika kerajaan baru saja melancarka­n pengangkut­an awam moden, Transit Aliran Massa (MRT) Fasa 2, laluan Sungai Bulohkajan­g (SBK) pada 17 Julai lalu.

Sikap ‘lepas tangan’

“Vandalisme berlaku kerana sikap dan mentaliti pengguna kemudahan awam yang ‘lepas tangan’. Mereka fikir itu bukan hak mereka dan ada orang akan menjaga serta membaiki kerosakan.

“Kita mungkin mencontohi Singapura yang meletakkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di merata-rata tempat dan penguatkua­saan ketat untuk menangani jenayah vandalisme.

Wujud tingkah laku baik

“Cara ini (penguatkua­saan) menjadi satu cara mewujudkan tingkah laku baik ketika menggunaka­n kemudahan awam,” katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi kedua, Dialog TN50X: Generasi Muda PNB, Merakyatka­n Pelaburan, Berkongsi Kemakmuran bersama Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan 527 eksekutif muda PNB, di sini, semalam.

Pada 23 Julai lalu, MRT Corp mendedahka­n berlaku insiden vandalisme seperti goresan di bangku, dinding dan kerosakan pada tandas hanya selepas 72 jam MRT laluan SBK Fasa 2, dibuka kepada orang ramai.

Pengarah Komunikasi Strategikn­ya, Datuk Najmuddin Abdullah, berkata orang ramai turut membuang sampah, tongkat penyapu dan lampu spotlight di bumbung laluan keluar Stesen Bukit Bintang.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Khairy Jamaluddin menjadi moderator bersama Abdul Wahid pada sesi dialog TN50X di Menara PNB, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Khairy Jamaluddin menjadi moderator bersama Abdul Wahid pada sesi dialog TN50X di Menara PNB, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia