Berita Harian

Caj bayaran lewat pinjaman seragam, berpatutan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan memperkena­lkan formula pengiraan caj baharu yang seragam dan berpatutan bagi syarikat pemberi kemudahan kredit.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf peraturan perlindung­an jualan kredit 2017.

Katanya, pengenalan caj bayaran lewat oleh syarikat pemberi kemudahan kredit bergantung kepada kadar inflasi dan dasar kewangan semasa.

Bagaimanap­un, beliau tidak memperinci­kan bila formula itu akan diperkenal­kan, sekadar memaklumka­n caj baharu akan ditetapkan apabila kerajaan mewartakan peraturan.

“Biasanya, individu yang meminjam dikenakan caj walaupun terlewat sehari atau sebulan, antara RM10 sehingga RM40 sebulan.

Gubal peruntukan khas

“Atas dasar prihatin, kita menggubal peruntukan khusus dalam Akta Perlindung­an Pengguna 2017.

“Pindaan Akta Perlindung­an Pengguna 2017 memberi peluang kepada pemberian kemudahan kredit untuk mengenakan caj bayaran lewat,” katanya pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (Bn-kota Tinggi) berhubung langkah KPDNKK dalam usaha melindungi peminjam yang dikenakan caj bayaran lewat oleh syarikat pemberi kemudahan kredit akibat kegagalan membuat pembayaran ansuran bulanan mengikut masa ditetapkan.

Hamzah berkata, sekiranya individu berkenaan mempunyai masalah peribadi untuk selesaikan pinjaman, syarikat pemberi kredit perlu beri pilihan untuk berbincang semula.

Katanya, jika ada perjanjian baharu, ia wajib mengikut undangunda­ng dan terpulang kepada syarikat pemberi kredit untuk tentukan sama ada boleh atau tidak untuk beri pinjaman peribadi bagi menyelesai­kan pinjaman kredit mereka.

Atas dasar prihatin, kita menggubal peruntukan khusus dalam Akta Perlindung­an Pengguna 2017” Hamzah Zainuddin, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia