Berita Harian

Lebih 5,000 serikan Rumah Terbuka MPB

Kehadiran pelbagai pihak bukti MPB, NSTP diyakini

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Azzman Abdul Jamal

Rumah Terbuka Media Prima Berhad (MPB) semalam, dimeriahka­n dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung.

Majlis yang diadakan di Hotel Hilton di sini, turut dimeriahka­n dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan beberapa menteri Kabinet, termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Selain itu, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis itu turut dihadiri pengurusan kanan MPB termasuk Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar; Pengarah Urusan MPB, Datuk Seri Amrin Awaluddin dan Ahli Lembaga Pengarah MPB, Tan Sri Ismee Ismail.

Selain itu, Pengerusi The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan NST, Yushaimi Maulud Yahaya.

Mampu harungi pelbagai cabaran

Sementara itu, FD Iskandar ketika ditemui berkata, kemeriahan majlis dihadiri pemegang taruh, rakan media, pelanggan dan menteri Kabinet itu menunjukka­n keyakinan mereka terhadap MPB dan NSTP.

“Saya sangat gembira dan berterima kasih kepada semua, terutama pengurusan serta kakitangan, khususnya wartawan yang memainkan peranan penting dalam mengekal dan menjadikan MPB seperti hari ini.

“Kita menghadapi pelbagai cabaran, termasuk fasa pendigital­an, namun perkara lebih penting adalah kandungan ditawarkan MPB. Saya yakin kita mampu mengharung­inya,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Hishammudd­in, Johari, Salleh, Ismail Sabri, FD Iskandar (tiga dari kiri), Ismee (lima dari kiri), Ismail (kiri) dan Abdul Jalil (kanan) pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Ahmad Zahid bersama Hishammudd­in, Johari, Salleh, Ismail Sabri, FD Iskandar (tiga dari kiri), Ismee (lima dari kiri), Ismail (kiri) dan Abdul Jalil (kanan) pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Antara tetamu yang hadir memeriahka­n Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Kuala Lumpur, semalam.
Antara tetamu yang hadir memeriahka­n Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Media Prima Berhad di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia