Berita Harian

Martabatka­n bahasa Melayu di mahkamah

-

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 menjelaska­n bahasa kebangsaan adalah terpakai di seluruh Malaysia dan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi maksud urusan rasmi” Pada 1973, Peguam Cara Negara ketika itu, Tun Salleh Abas memohon agar kerajaan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di dalam mahkamah” Berdasarka­n Seksyen 11 dan Seksyen 15 Akta Profesion Undang-undang 1976 menyatakan antara syarat seseorang layak menjalani latihan dalam kamar ialah lulus atau melepasi ujian kelayakan Bahasa Melayu”

Baru-baru ini heboh isu kelonggara­n syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 yang diumumkan oleh Kementeria­n Kesihatan selepas mendapat persetujua­n Jabatan Perkhidmat­an Awam

(JPA) pada 23 Februari lalu.

Isu ini mendapat respons pelbagai pihak antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengelolan­ya, Prof Datuk Seri Dr Md Salleh Yaapar. Beliau membantah keras langkah itu kerana seolah-olah secara sengaja untuk menyingkir­kan bahasa Melayu daripada kedudukann­ya sebagai bahasa kebangsaan yang dijamin haknya oleh Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

Perlu difahami bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Fasal (1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menjelaska­n bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan bahasa itu mesti digunakan dalam urusan rasmi.

Bahasa selain bahasa Melayu bebas untuk diamalkan dan dipertutur­kan. Hal yang sama turut dinyatakan berdasarka­n Seksyen 1 dan Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menjelaska­n bahawa bahasa kebangsaan adalah terpakai di seluruh Malaysia dan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan bagi maksud urusan rasmi.

Mudah berkomunik­asi

Sebagai pegawai perubatan di Kementeria­n Kesihatan, urusan merawat pesakit adalah urusan rasmi kerajaan. Sekiranya, ada pegawai perubatan yang dilantik tidak lulus Bahasa Melayu peringkat SPM, dikhuatiri berlaku salah faham ketika berkomunik­asi secara lisan, terutama dengan pesakit di luar bandar, malah ketika memberi rawatan kepada pesakit yang sedang tenat dan kritikal.

Misalan lain bagi urusan rasmi boleh dilihat melalui bidang institusi kehakiman dan undang-undang. Ada peruntukan khusus bagi pemakaian bahasa Melayu dalam institusi ini seperti diperuntuk­kan dalam Perkara 152 Fasal (4) yang menyatakan selama tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutua­n, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris dan keterangan yang diambil daripada saksi dalam bahasa lain tidak perlu direkodkan dalam bahasa Inggeris.

Fasal (5) pula menyatakan walau apapun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntuk­kan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambila­n keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris. Keduadua fasal itu membawa maksud, Mahkamah Persekutua­n, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi (dahulunya dikenali Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi) boleh menggunaka­n bahasa Inggeris dalam prosiding perbicaraa­n di mahkamah selama 10 tahun bermula 31 Ogos 1957 sehingga 1 Julai 1967.

Prosiding bahasa Melayu

Selepas tarikh itu, mahkamah atasan boleh menggunaka­n bahasa Melayu dalam sebarang prosiding, manakala mahkamah rendah tidak terikat untuk melaksanak­an prosiding dalam bahasa Inggeris sepanjang tempoh 10 tahun selepas Hari Merdeka. Urusan rasmi dalam bahasa Melayu di institusi kehakiman dan undang-undang diperkasak­an secara beransur-ansur apabila pada 1969, perbicaraa­n perlu diadakan dalam bahasa Melayu seperti ditegaskan oleh Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf.

Pada 1973, Peguam Cara Negara ketika itu, Tun Salleh Abas memohon kerajaan agar mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di dalam mahkamah dan pada 1981, Pemangku Ketua Hakim Negara memberi arahan agar bahasa Melayu diguna pakai bagi urusan rasmi pentadbira­n dan kehakiman yang membabitka­n mahkamah atasan dan mahkamah rendah.

Berbalik kepada polemik semasa, sudah tiba masanya kerajaan meminda Akta Perubatan 1971. Akta ini adalah suatu akta bagi menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubunga­n dengan pendaftara­n dan amalan pengamal perubatan dan bagi membuat peruntukan tertentu untuk maksud negara berhubung dengan suatu tempoh perkhidmat­an dalam perkhidmat­an awam selepas pendaftara­n penuh sebagai seorang pengamal perubatan.

Pindaan yang perlu dibuat ialah berkaitan peranan bahasa Melayu dalam profesion profesiona­l dan kritikal, termasuk Peraturanp­eraturan Perubatan (Mengadakan Peperiksaa­n Bagi Pendaftara­n Sementara) 2012. Pindaan ini penting kerana bakal pengamal perubatan bukan hanya perlu lulus Bahasa Melayu sekiranya ingin menjawat jawatan tetap Pegawai Perubatan Gred UD41, malah ketika menjalani latihan amalan perubatan.

Ini sejajar dengan amalan dibuat Majlis Peguam bagi manamana individu yang ingin diterima masuk sebagai pelatih dalam kamar (chambering). Berdasarka­n Seksyen 11 dan Seksyen 15 Akta Profesion Undang-undang 1976 menyatakan bahawa antara syarat seseorang layak untuk menjalani latihan dalam kamar ialah lulus atau melepasi ujian kelayakan Bahasa Melayu. Syarat ini sudah berkuat kuasa sejak 1 Januari 1984.

Secara tidak langsung peranan bahasa Melayu dimartabat­kan dalam institusi kehakiman dan undang-undang sebelum seseorang itu bergelar pengamal undang-undang. Lazimnya beberapa ahli akademik terbilang membawa imej besar sesebuah pusat pengajian atau universiti. Persoalann­ya, apakah benar penilaian akademik berasaskan kesarjanaa­n, kecemerlan­gan dan kewibawaan bakal tinggal menjadi sejarah? Ikuti kupasan lanjut Felo Penyelidik Utama, LESTARI-UKM, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia