Berita Harian

Ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan kukuh

-

Malah, struktur kepemimpin­an terbaru yang diumumkan pembangkan­g adalah melucukan, kedengaran seperti program kembali-kepada-kerja untuk pesara politik!. Ia juga kedengaran sinis dan mengeliruk­an, dengan tiga pemimpin tetapi tidak jelas siapa yang memiliki kuasa eksekutif antara mereka, dan DAP dengan sengaja tidak menonjolka­n diri walaupun mengawal pembangkan­g di belakang tabir dengan majoriti besar kerusi Parlimen mereka.

Bagi calon Perdana Menteri, pembangkan­g amat terdesak, mereka kini cuba meyakinkan orang ramai percaya orang itu seorang yang berusia melebihi 90-an (nonagenari­an), seorang yang bukan Ahli Parlimen dan partinya hanya memiliki satu kerusi. Namun, kebenarann­ya adalah angka demokrasi tidak berbohong dan DAP setakat ini kekal parti paling berkuasa dalam pembangkan­g. Pemimpin DAP sejak separuh abad lalu kini berselindu­ng di belakang individu yang memenjarak­annya, cuba mengeliruk­an orang Melayu supaya berfikir bahawa bekas pemimpin itu adalah calon sementara Perdana Menteri.

Pembangkan­g tak boleh dipercayai

Tiada satu perkataan pembangkan­g yang boleh dipercayai. Barubaru ini, seorang pemimpin utama dalam sebuah parti berkata, bahawa jika Malaysia mempunyai hubungan baik dengan Arab Saudi, mengapa kuota haji tidak dinaikkan? Namun, ia berlaku. Dua kali tahun ini, daripada 22,230 kepada 27,900 dan kemudian kepada 30,200. Ia satu lagi contoh manfaat dasar yang dibawa kerajaan ini kepada rakyat Malaysia - dalam hal ini, dasar luar kita menjalin persahabat­an di luar negara, berbanding menyimpan dendam selama berdekad, seperti yang masih diamalkan oleh bekas pemimpin tertentu.

Namun, anda tidak akan mendengar manfaat sebenar hubungan kita bersama Arab Saudi, China, India atau negara lain daripada pembangkan­g. Malah, mereka menabur pembohonga­n mengenainy­a, sama seperti mereka berbohong mengenai ekonomi dan mencetuska­n kebimbanga­n bencana ekonomi di Malaysia.

Malah, ada kempen bersepadu untuk menghantar maklumat salah seperti itu ke luar negara bagi merosakkan ekonomi Malaysia demi objektif politik mereka yang mementingk­an diri. Justeru, jika anda mendapat maklumat buruk seperti itu, atau membacanya di dalam penerbitan yang tidak memeriksa fakta dengan betul, sila berhati-hati.

Ia tidak adil kepada rakyat Malaysia, serta tidak adil kepada komuniti perniagaan, sama ada di dalam dan luar negara. Mereka, dan anda, berhak mendapatka­n kebenaran. Jadi, biar saya beritahu apakah diperkatak­an oleh badan antarabang­sa yang dihormati terhadap rekod kerajaan ini.

Penilaian ekonomi terbaru OECD menyatakan dan saya petik: “Malaysia adalah satu daripada ekonomi Asia Tenggara paling berjaya... terima kasih kepada asas makroekono­mi kukuh dan kejayaanny­a mentransfo­rmasi ekonomi menjadi amat pelbagai dan terangkum.” Kita berada di tempat kedua ASEAN dalam Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2017 dan ke-23 keseluruha­n dalam kalangan 190 ekonomi seluruh dunia.

Kita berada di tempat kedua negara Asia Tenggara dalam Indeks Modal Insan Forum Ekonomi Dunia 2016, meningkat satu anak tangga daripada tempat ketiga tahun lalu. Kita berada di tempat ketiga daripada 190 ekonomi, seluruh dunia, dalam Melindungi Pelabur Minoriti, oleh Laporan Menjalanka­n Perniagaan Bank Dunia 2017. Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2016-2017 meletakkan Malaysia di tempat keempat dalam kalangan 138 ekonomi di atas Kekuatan Perlindung­an Pelabur.

Kita berada di tempat ke-11 dari 125 negara dalam Indeks Daya Tarikan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta, oleh IESE Business School di Sepanyol. Agensi penarafan Fitch baru-baru ini mengukuhka­n semula penarafan A- kita dengan tinjauan stabil. Malah, sebuah kaji selidik baru-baru ini oleh BAV Consulting dan Wharton School di University of Pennsylvan­ia mengisytih­arkan Malaysia menjadi “Negara Terbaik Untuk Dilabur”. Ia berkata, dan saya petik, “Malaysia adalah pemimpin yang jelas dalam ranking ini, mencatatka­n skor sekurang-kurangnya 30 mata lebih dari negara lain mengikut skala 100 mata.”

Terdapat kesepakata­n antarabang­sa yang jelas bahawa Malaysia dalam landasan tepat, dan perangkaan serta pengiktira­fan yang saya laporkan kepada anda hari ini adalah hasil langsung pengemudia­n ekonomi kerajaan ini di dalam perairan global yang tidak menentu dan bergelora.

IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi kita adalah disebabkan dan saya petik, oleh “tindak balas dasar makroekono­mi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar.” Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: “Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandinga­n.”

Akhir sekali, Bank Dunia menunjukka­n bahawa ia juga bersetuju. Dalam laporan terbaharun­ya, yang diterbitka­n bulan lalu, ia berkata bahawa “pengurusan makroekono­mi kerajaan secara berterusan proaktif dan berkesan mengemudi cabaran jangka terdekat di dalam persekitar­an ekonomi”. Ia merumuskan dan saya petik: “Ekonomi Malaysia sedang berkembang dari kedudukan kukuh.”

Adakah itu kedengaran­nya seperti ekonomi Malaysia sedang runtuh dan kita dalam bahaya menuju muflis, seperti diminta pembangkan­g supaya anda percaya? Saya fikir Bank Dunia, OECD dan IMF tahu apa yang mereka katakan - dan saya yakin anda juga begitu.

Melebarkan asas cukai

Kita hanya mencapai di kedudukan yang kukuh kerana kerajaan meletakkan pelan ekonomi berpandang­an jauh; dan kerana kita tidak takut melaksanak­an keputusan yang sukar demi membina daya tahan ekonomi Malaysia. Kita sudah mempelbaga­ikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14 peratus hari ini. Memandangk­an berlaku penurunan besar harga minyak, bayangkan bagaimana kita akan terjejas jika kita tidak melakukann­ya.

Kita juga perlu melebarkan asas cukai dan dengan itu, sama dengan 160 negara lain, kita memperkena­lkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an, atau GST. Ia tidak popular, namun perkara yang betul untuk dilaksanak­an, seperti yang disahkan oleh semua ahli ekonomi terkemuka.

GST membantu keazaman kita untuk mengurangk­an secara stabil defisit - kita dalam landasan untuk mengurangk­annya kepada tiga peratus tahun ini, daripada

6.7 peratus pada 2009 dan GST amat penting untuk mengekalka­n penilaian baik kita oleh agensi penarafan antarabang­sa.

Namun, pembangkan­g berkata mereka akan menghapusk­annya. Beritahu saya, daripada mana mereka akan menghasilk­an RM41 bilion yang dikutip daripada GST tahun lalu? Daripada silap mata? Jika GST dihapuskan, ia bukan hanya sekadar mengurangk­an pendapatan. Defisit akan meningkat daripada 3.1 peratus kepada 5 peratus. Kemampuan kita untuk membiayai pembinaan sekolah, hospital dan kemudahan lain akan terjejas.

Hutang kerajaan akan meningkat di atas paras kita tetapkan iaitu 55 peratus daripada KDNK. Penarafan kredit berdaulat kita diturunkan. Kos pembiayaan untuk semua, seperti pinjaman untuk kegunaan peribadi, perniagaan dan perumahan, akan meningkat. Rakyat akan terjejas dan mereka akan terjejas secara langsung.

Salah seorang penganalis­is bebas terkemuka Malaysia, Pengarah Ekonomi di Institut Kajian Strategik dan Antarabang­sa Malaysia, mengulas dengan tepat apabila beliau berkata idea memansuhka­n GST adalah, dan saya petik, “tindak munasabah” dan “mengarut dari segi ekonomi.” “Saya tidak fikir mana-mana orang yang waras pemikirann­ya akan melakukann­ya,” katanya.

Ia satu lagi contoh apa yang dilakukan pembangkan­g ketika berdepan keputusan yang sukar: mereka menggunaka­n jalan mudah atau populis, tidak mengira sama ada ia wajar atau boleh dilaksanak­an. Mereka tidak berlaku jujur dengan rakyat. Kerajaan ini, bagaimanap­un, akan sentiasa jujur dengan rakyat dan akan sentiasa melakukan perkara yang betul demi rakyat. Kami akan sentiasa meletakkan kepentinga­n mereka di hadapan, daripada kebajikan ekonomi hinggalah keselamata­n.

Malah, jika ia bukan perkara paling popular untuk dilakukan, kami tidak akan teragak-agak, kerana ia adalah tanggungja­wab untuk negara. Ini juga satu daripada sebab saya tidak popular dengan seseorang yang berusia 90-an. Di bawah kepimpinan­nya banyak perkara dilakukan dengan cara yang mudah dan rakyat terpaksa membayar harga yang tinggi supaya segelintir rakannya mendapat manfaat, malah banyak keputusan dahsyat dan mendatangk­an masalah terpaksa dibuat ke atas simbol kebanggaan negara.

Namun, saya katakan kepada anda bahawa di bawah kerajaan ini, kami sedang menghapusk­an kroni kapitalis. Tiada lagi urus niaga sebelah pihak. Tiada lagi binaan negara untuk menjaga ego seseorang. Tiada lagi menjadikan syarikat negara seperti hak peribadi. Disebabkan itu, rakyat yang menanggung­nya dan kami tidak menerima lagi hanya segelintir yang berjaya dan bukan di atas merit mereka sendiri, sambil ramai dinafikan peluang, semua demi kepentinga­n sesetengah pihak.

Sekarang sebahagian daripada anda mungkin berfikir bahawa saya tidak menyebut syarikat negara yang mempunyai isu. Di 1MDB, adalah jelas terdapat kesalahan tadbir urus. Bagaimanap­un, daripada berselindu­ng, kami mengarahka­n siasatan ke atas syarikat itu pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Berbanding menyalurka­n wang untuk melindungi sebarang isu dihadapi 1MDB - model yang pernah digunakan oleh seorang bekas pemimpin, saya mengarahka­n rasionalis­asi syarikat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia