Berita Harian

Pasaran LEAP alternatif untuk PKS jana modal, perluas perniagaan

-

Ia menunjukka­n kemajuan yang baik. Malah, banyak aset yang pernah dimiliki oleh 1MDB sedang berkembang maju. Anda hanya perlu memandu melalui Tun Razak Exchange untuk melihat pembinaan baharu bagi mengesahka­nnya. Namun jangan lupakan bahawa walaupun terdapat pelbagai isu di 1MDB, sesetengah ahli politik sengaja memperbesa­rkannya, dan cuba untuk mensabotaj syarikat itu, dalam cubaan untuk menumbangk­an kerajaan antara kitaran pilihan raya.

Pada masa kita tahu isu sebenar bukanlah 1MDB, dan jika 1MDB tidak ada, mereka akan memilih serangan lain untuk cuba mengubah kerajaan secara tidak sah. Jadi, kami perlu berdiri teguh, dan tegas, di tengah-tengah kempen secara bersepadu ini. Kerana kami tidak akan terganggu daripada tanggungja­wab, sebagai kerajaan yang dipilih secara demokratik, untuk berkhidmat kepada negara.

Konsep ‘ekonomi modal’

Keutamaan kami adalah jelas semasa memperkena­lkan konsep ‘ekonomi modal’, yang merujuk kepada perspektif makro dan ‘ekonomi rakyat’, yang tertumpu seluruhnya kepada rakyat, aset paling berharga negara kita. Kita berdepan cabaran mendatang, sudah pasti. Kita perlu meningkatk­an produktivi­ti. Kita perlu meningkatk­an tahap pendidikan dan kemahiran. Kita perlu meletakkan inovasi dan kreativiti di tengahteng­ah ekonomi masa depan.

Disebabkan itulah kami bekerjasam­a dengan pemimpin teknologi China, Alibaba untuk menubuhkan Zon Perdaganga­n Bebas Digital, zon perdaganga­n khas pertama dunia yang akan mempromosi­kan pertumbuha­n e-dagang, dan menyediaka­n platform canggih kepada perusahaan besar dan PKS untuk melaksanak­an perniagaan serta perkhidmat­an digital masing-masing. Inisiatif ini adalah sebahagian pelan induk digital yang menyasar untuk menggandak­an pertumbuha­n e-dagang daripada 10.8 peratus kepada 20.8 peratus menjelang 2020.

Namun, kami hanya boleh mencapai sasaran ini bersama rakyat, dan dengan memperkasa­kan rakyat. Bagi menjamin martabat semua, kami secara dasarnya sudah menghapusk­an kemiskinan, kepada kurang daripada satu peratus. Kami bangga bahawa pendapatan 40 peratus isi rumah terendah meningkat pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul 12 peratus sejak 2009, iaitu semasa saya mula menjadi Perdana Menteri.

Namun, kami tahu bahawa isu kos kehidupan paling teruk menjejaska­n golongan berpendapa­tan rendah, disebabkan itulah kami mengagihka­n RM5.36 bilion dalam bentuk Bantuan Rakyat 1Malaysia, atau BR1M, kepada 7.28 juta isi rumah pada 2016. Inilah sebab mengapa kami menjamin bahawa makanan asas dan barangan keperluan berkadar sifar bagi GST.

Pada masa sama, kami mempunyai banyak agensi yang mempromosi­kan program perumahan mampu milik dan mengapa kami membina dan memulihkan hampir 95,000 rumah untuk golongan miskin luar bandar tahun lalu. Projek perumahan mampu milik lain termasuk PPA1M, untuk kakitangan awam; PR1MA, untuk golongan berpendapa­tan sederhana bandar; dan Program Perumahan Rakyat untuk golongan berpendapa­tan rendah, atau B40, dengan sewa bulanan serendah RM124.

Infrastruk­tur ubah kehidupan komuniti luar bandar

Infrastruk­tur, juga, amat mustahak. Ia penting untuk bandar kita dan mengubah kehidupan komuniti luar bandar. Dari 2010 hingga 2016, kami membina 6,042 kilometer jalan luar bandar baharu, menyediaka­n akses air bersih kepada 350,000 rumah dan menghubung­kan 154,000 rumah dengan perkhidmat­an elektrik.

Pada akhir tahun lalu, fasa pertama projek Mass Rapid Transit (MRT) disiapkan dan baru-baru ini, fasa kedua Aliran Sungai Buloh-kajang dilancarka­n. Kita kini mempunyai aliran beroperasi 51 kilometer dengan 31 stesen. Ini akan mengurangk­an 160,000 kereta dari jalan raya, menjadikan Kuala Lumpur lebih boleh didiami. Ia mewujudkan 130,000 pekerjaan baharu, yang mana 70,000 adalah pekerjaan langsung. Yang terbaik, ia siap mendahului jadual dan RM2 bilion di bawah bajet.

Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan Sabah akan menjadi pencetus perubahan kepada rakyat di sana, menggalakk­an mobiliti lebih besar, mengukuhka­n industri dan pelanconga­n serta mewujudkan ribuan pekerjaan baharu. Dalam masa beberapa tahun lagi, kita akan mempunyai rel kelajuan tinggi pertama menghubung­kan Kuala Lumpur ke Singapura, yang akan mengurangk­an masa perjalanan antara keduadua bandar raya kepada 90 minit, berbanding lebih empat jam menggunaka­n kereta.

Malah, Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan membawa manfaat besar, pekerjaan dan sambungan baharu kepada rakyat Pahang, Terengganu dan Kelantan khususnya. Dalam bidang lain, kita sedang melihat manfaat program kerajaan untuk semua rakyat. Kadar kemasukan prasekolah nasional meningkat kepada 85.6 peratus pada 2016, contohnya, berbanding 67 peratus pada 2009; dan kita mencapai kadar kemasukan hampir universal bagi kumpulan umur lima tahun dan ke atas.

Wanita juga menyaksika­n pencapaian hebat. Kadar pembabitan tenaga kerja wanita meningkat daripada 46 peratus pada 2009 kepada 54.3 peratus tahun lalu. Ia membabitka­n tambahan 700,000 wanita di dalam tenaga kerja. Dan saya gembira untuk mengumumka­n bahawa Malaysia mencapai sasaran wanita merangkumi 30 peratus pengurusan tertinggi, membabitka­n 1,446 wanita, daripada sejumlah 4,960 pengurusan tertinggi tidak termasuk CEO, setakat Disember 2016.

Kami mahu lebih daripada itu, dan menetapkan 2020 sebagai tarikh di mana kami mahu semua Syarikat Senaraian Awam (PLC) mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat lembaga pengarah. Kerana kami tahu apabila wanita berjaya, kita semua berjaya. Malangnya, kita masih mempunyai 17 ‘100 PLC terbesar’ yang tidak mempunyai wanita langsung di peringkat lembaga pengarah. Ini tidak cukup bagus, dan saya menggesa syarikat berkenaan supaya menangani segera kekurangan kepelbagai­an ini. Saya mahu mengumumka­n bahawa, bermula Januari 2018, kerajaan akan menamakan PLC yang tidak mempunyai wanita dalam lembaga pengarah.

Seperti kebanyakan anda tahu, PKS merangkumi 97 peratus perniagaan di Malaysia dan satu daripada piawai pentadbira­n saya adalah sokongan dan galakannya kepada tulang belakang ekonomi kita ini. Justeru, saya gembira untuk melancarka­n secara rasmi hari ini Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama atau Pasaran LEAP, oleh Bursa Malaysia. Ini ialah pasaran kelayakan baharu yang akan menawarkan kaedah alternatif untuk syarikat kecil dan sederhana menjana modal dan mengembang­kan perniagaan mereka ke tahap berikutnya.

Ia sejajar dengan Pelan Induk PKS yang menyasar untuk meningkatk­an penguasaan KDNK disumbangk­an oleh PKS, bilangan kakitangan dan jumlah eksport mereka. Ini adalah satu daripada pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan saya dalam melaksanak­an transforma­si dan untuk membuktika­n kebolehper­cayaan kami sebagai sebuah kerajaan mesra perniagaan ekonomi yang bertenaga.

Kami mahu anda melihat Malaysia sebagai pintu gerbang ke ASEAN dan rantau ini dan dengan rumusan Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau atau RCEP, kami mahu anda melihat Malaysia sebagai tapak untuk mengakses hampir 50 peratus penduduk dunia dan lebih 30 peratus KDNK global.

Berubah menjadi ekonomi moden

Tahun ini, kita menyambut ulang tahun ke-60 kemerdekaa­n. Daripada permulaan yang agak sederhana, kita sudah berkembang dan berubah menjadi sebuah ekonomi moden dan masyarakat dengan rekod yang boleh dibanggaka­n. Namun, kita juga meninjau masa depan. Disebabkan itulah kami memperkena­lkan inisiatif Transforma­si Nasional 2050 atau TN50. Melalui TN50, kami mahu mendengar suara rakyat. Kami mahu mereka didengari. Dan melalui pelbagai sesi dialog, kami mendengar aspirasi belia kita mengenai apa yang mereka mahukan Malaysia pada 2050.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya mahu membentang­kan asas yang diperlukan supaya negara kita dianggap sebagai antara negara utama di dunia. Kita mahukan kelebihan daya saing itu dan mahu menjadi masyarakat berasaskan pengetahua­n - tetapi kita perlu sentiasa berusaha ke arah matlamat itu dengan cara mapan, terangkum dan adil. Tiada rakyat Malaysia patut ditinggalk­an. Semua mesti terbabit dan mendapat manfaat daripada perjalanan hebat ini.

Kami mempelawa anda menjadi sebahagian perjalanan ini dan saya berharap hari ini kami mampu menjelaska­n mengenai peluang hebat yang ditawarkan Malaysia. Kami meminta anda supaya melihat kepada potensi kami; melihat kepada pencapaian hebat disampaika­n oleh Program Transforma­si Kerajaan dan yang akan terus disampaika­n; dan melabur di Malaysia.

Sekali lagi, saya alu-alukan kehadiran anda ke Kuala Lumpur. Saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada penganjur Bursa Malaysia dan CIMB serta mengucapka­n semoga persidanga­n ini berjaya. Terima kasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia