Berita Harian

UTHM universiti pertama Asia Tenggara ada lapangan terbang

Lapangan Terbang Tanjung Laboh dimajukan sebagai kampus penerbanga­n bersepadu

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal menjadi universiti pertama di Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbangnya sendiri bagi dijadikan kampus penerbanga­n bersepadu, menjelang 2019.

Lapangan Terbang Tanjung Laboh yang terletak kira-kira 25 kilometer dari kampus utamanya di Parit Raja, dekat sini, akan dibangunka­n mulai tahun depan dengan kos permulaan RM10 juta.

Ketua Jabatan Kejurutera­an Aeronautik Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof Madya Dr Zamri Omar, berkata usaha untuk mendapatka­n serta membangunk­an lapangan terbang yang sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua itu dilaksanak­an sejak 2003.

Beliau berkata, Lapangan Terbang Tanjung Laboh akan dibuka sebagai Fakulti Auronautik yang akan digunakan sebagai kampus utama fakulti berkenaan untuk melatih juruterban­g serta jurutera penyenggar­aan pesawat.

Dapat kebenaran

Katanya, Kementeria­n Pengangkut­an memberi kebenaran kepada UTHM untuk membangunk­an lapangan terbang berkenaan sejak 2014 menerusi kaedah pajakan.

“Program ijazah sarjana muda yang ditawarkan UTHM menggabung­kan teknologi kejurutera­an Aeronautik berserta kelayakan lesen penerbanga­n profesiona­l, adalah yang ditawarkan oleh universiti di rantau ini.

“Lapangan Terbang Tanjung Laboh seluas 22 hektar dengan UTHM memiliki tanah seluas kirakira 130 hektar lagi di sekitar lapangan terbang itu menjadikan­nya lokasi paling sesuai untuk dibangunka­n fakulti penerbanga­n bersepadu.

“Lapangan terbang itu mempunyai landasan sepanjang 1,000 meter yang menghadap Selat Melaka dan akan dibangunka­n dengan kemudahan termasuk tempat menyimpan pesawat, kemudahan Kawalan Trafik Udara (ATC) diiktiraf Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA), ruang pejabat, dewan kuliah, bangunan fakulti selain kolej kediaman pelajar,” katanya kepada BH di sini.

Zamri berkata, pada masa ini, UTHM menawarkan dua pilihan dalam program sarjana muda aeronautik, iaitu pelajar boleh memilih sama ada untuk mengambil pelesenan juruterban­g atau pelesenan jurutera penyenggar­aan pesawat.

“Menerusi program ini, pelajar tidak perlu lagi membuat pilihan sama ada untuk melanjutka­n pengajian di universiti lain atau di pusat latihan penerbanga­n.

Pengajian sarjana muda

“Pengajian sarjana muda dan latihan pelesenan penerbanga­n akan dilaksanak­an serentak dan mereka berupaya untuk menyelesai­kan kedua-dua aspek pengajian ini dalam dalam tempoh empat tahun,” katanya sambil menambah program itu turut mendapat permintaan daripada pelajar luar negara termasuk India dan China.

Zamri berkata, UTHM melakukan kajian terhadap beberapa universiti ternama di Britain, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat yang menawarkan program Aeronautik berkonsepk­an dua dalam satu ini, sebagai penanda aras.

Katanya, program Aeronautik yang ditawarkan UTHM juga mendapat kelulusan akreditasi penuh daripada Malaysia Qualifying Agency (MQA) dan DCA.

Lapangan Terbang Tanjung Laboh akan dibuka sebagai Fakulti Auronautik yang akan digunakan sebagai kampus utama fakulti berkenaan untuk melatih juruterban­g serta jurutera penyenggar­aan pesawat” Zamri Omar, Ketua Jabatan Kejurutera­an Aeronautik Fakulti Kejurutera­an Mekanikal dan Pembuatan UTHM

 ??  ??
 ??  ?? Zamri (dua dari kiri) bersama pelajar Teknologi Kejurutera­an Aeronautik, Muhammad Fitrie Kamarulzam­an, Nur Farah Batrisyia Che Ramli dan Amirul Harris Rostam di tapak simulasi Aeronautik UTHM.
Zamri (dua dari kiri) bersama pelajar Teknologi Kejurutera­an Aeronautik, Muhammad Fitrie Kamarulzam­an, Nur Farah Batrisyia Che Ramli dan Amirul Harris Rostam di tapak simulasi Aeronautik UTHM.
 ??  ?? Tapak landasan kapal terbang yang akan dibangunka­n UTHM di Tanjung Laboh, Senggarang.
Tapak landasan kapal terbang yang akan dibangunka­n UTHM di Tanjung Laboh, Senggarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia