Berita Harian

Sultan Johor berpuas hati pengajian Islam bakal menantu

Dennis Muhammad dibimbing ustaz daripada JAIJ sejak awal Mac

- Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajar­an Islam Dennis Muhammad Abdullah, bakal suami kepada anakanda baginda, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Perkara itu dinyatakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim kepada pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO) dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Dennis Muhammad diberi bimbingan dan pengajaran Islam oleh sekumpulan ustaz daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sejak awal Mac lalu.

Rangka modul intensif

“Satu modul pembelajar­an agama Islam yang intensif dan sistematik dirangka dengan dibimbing ustaz daripada JAIJ bagi memberikan pengajaran secara sempurna kepada Dennis Muhammad.

“Ini termasuk pembelajar­an alquran dan Fardu Ain, selain pengajaran bahasa Melayu, protokol serta istiadat diraja Johor, penulisan Jawi dan penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri,” katanya.

Ismail berkata, pada 5 Julai lalu, beliau sudah mempersemb­ahkan laporan pembelajar­an Dennis Muhammad kepada Sultan Ibrahim dan baginda berpuas hati dengannya.

“Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis Muhammad dapat mengikuti segala pembelajar­an dengan baik dan cemerlang, termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir al-quran, doa Qunut serta ayat Kursi,” katanya.

Ismail bersama isterinya, Datin Zawiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis Muhammad pada awal Februari lalu selepas mendapat perkenan Sultan Johor dan Permaisuri Johor.

 ?? [FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE] ?? Ismail (kiri) dan Zawiah mendengar bacaan ayat suci al-quran oleh Dennis Muhammad.
[FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE] Ismail (kiri) dan Zawiah mendengar bacaan ayat suci al-quran oleh Dennis Muhammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia