Berita Harian

Kementeria­n nafi dakwaan bekalan vaksin Rabies kurang

Menteri Kesihatan terkilan, kenyataan cetus suasana panik

- Laporan Nazura Ngah, Hazwan Faisal Mohamad dan Fahmy Azril Rosli

Kementeria­n Kesihatan memiliki bekalan 8,000 vaksin bagi mencegah jangkitan penyakit anjing gila atau Rabies dan daripada jumlah itu, 2,000 sudah digunakan. Sehubungan itu Menterinya, Datuk Seri S Subramania­m menafikan dakwaan yang pihaknya mengalami masalah kekurangan bekalan vaksin kerana masih mempunyai baki simpanan sebanyak 6,000 vaksin ketika ini.

Katanya, beliau berasa terkilan dengan tindakan sesetengah pihak tidak bertanggun­gjawab, termasuk pembangkan­g yang mengeluark­an kenyataan tidak benar dan mahu menimbulka­n suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Isu kekurangan vaksin ini sebenarnya tidak berbangkit. Ketika saya menjawab di dalam Dewan Rakyat bahawa vaksin adalah mencukupi, ia adalah berdasarka­n fakta.

“Maka tuduhan seolah-olah saya memberi maklumat salah adalah tidak betul.

“Pihak pembangkan­g mahu mengambil kesempatan daripada isu ini sebagai satu isu politik, anda tidak boleh menjadikan wabak penyakit sebagai kepentinga­n politik.

Bekerjasam­a tangani masalah

“Sepatutnya pembangkan­g bekerjasam­a dengan kerajaan dalam usaha menangani masalah ini dan bukannya cuba bermain politik,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Dr Subramania­m berkata, tuduhan bahawa doktor tidak mahu memberi suntikan vaksin kepada mangsa yang digigit haiwan adalah tidak benar.

Katanya, pendirian kementeria­n adalah jelas, iaitu jika mangsa digigit oleh anjing dalam kawasan jangkitan Rabies yang ditetapkan, maka suntikan vaksin akan diberikan.

Doktor tentukan keputusan

“Tetapi, jika di luar kawasan jangkitan, maka tiada suntikan vaksin akan diberikan kerana ia bukan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai kementeria­n.

“Namun, segala keputusan akan ditentukan oleh doktor sama ada mangsa itu perlu diberikan vaksin atau tidak,” katanya.

Dr Subramania­m berkata, tempoh dua tahun diperlukan sebelum dapat mengisytih­arkan yang kawasan itu sudah bebas daripada virus Rabies sepenuhnya.

Sehingga hari ini, tiada kes baharu Rabies dilaporkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia