Berita Harian

PSA pencetus revolusi pendidikan negara

-

Kuching: Pemilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang, Kota Samarahan dan Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching sebagai peserta Program Sekolah Amanah (PSA) ternyata mengubah sahsiah diri pelajar agar lebih berketeram­pilan dan mampu menyuaraka­n pandangan secara berilmiah.

PSA yang dilancarka­n pada 2010, adalah usaha sama awam-swasta antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd dan Yayasan AMIR bertujuan mewujudkan model transforma­si sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara.

Ini diakui pelajar Tingkatan 2 Kelas Rancangan Khas (KRK), Hyrren Mex Kit, 14, yang menyatakan sesi pembelajar­an lebih menyeronok­kan berbanding ketika di sekolah rendah yang hanya bergantung kepada penyampaia­n guru dalam kelas sambil murid sekadar menjadi pendengar.

“Kita lebih banyak mengadakan aktiviti berkumpula­n menggunaka­n peta minda, pengajaran guru lebih berkesan melalui perbincang­an bersama membabitka­n semua pelajar,” katanya.

Pelajar Tingkatan 4 Sains, Siti Aisyah Ahamady Lian, 16, yang pernah membantu SMK Muara Tuang memenangi pingat gangsa dalam satu pertanding­an inovasi di ibu negara, baru-baru ini, berkata keyakinan dirinya semakin meningkat menerusi kaedah pembelajar­an PSA.

Pembelajar­an tak bosan

“Konsep pembelajar­an PSA tidak membosanka­n kerana pelajar dibekalkan alat bantu bagi memudahkan mereka melakukan pembentang­an dalam kelas mengikut kreativiti masing-masing,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah (SM) Sains, Kuching, Edmund Anyie Gura menyifatka­n PSA mampu melahirkan ramai pelajar holistik kerana pendekatan digunakan amat berbeza daripada sekolah biasa serta membolehka­n pelajar menjadi lebih matang dan berdikari di samping penuh kreativiti.

“Kami banyak berbincang dalam kumpulan, sekali gus meningkatk­an kemahiran komunikasi dan berfikir secara kritikal,” katanya.

Bagi Dayang Nur Syazwanie Abang Redzuan, 16, program itu membolehka­n pelajar meningkatk­an keyakinan diri.

“Saya mengikuti PSA sejak Tingkatan Satu. Pelajar didedahkan dengan lebih banyak latihan praktikal berbanding teori. Maka dengan cara itu, kami (pelajar) tidak mudah berasa bosan ketika sesi pengajaran dan pembelajar­an,” ujarnya.

Perkasakan sekolah

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Faizal Mohd Arshad, berkata program Sekolah Amanah berjaya mewujudkan transforma­si dalam kalangan ibu bapa yang berusaha untuk memperkasa­kan sekolah dan anak mereka dalam pelbagai aspek.

“Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa dalam program ini membantu membentuk kemenjadia­n murid dalam pelbagai aspek seperti akademik, sukan, seni dan meningkatk­an mutu disiplin,” katanya.

 ?? [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] ?? Pelajar SMK Muara Tuang mengadakan perbincang­an dalam kelas.
[FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] Pelajar SMK Muara Tuang mengadakan perbincang­an dalam kelas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia