Berita Harian

NBOS beri impak positif kepada ASEAN

SEAMEO iktiraf usaha Malaysia, jadi rujukan negara lain perkasa bidang pendidikan

-

Kejayaan Malaysia dalam melaksanak­an Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata sekretaria­t SEAMEO mengakui keberkesan­an program negara itu mampu memberi impak ke atas negara ASEAN, terutama dalam bidang pendidikan.

“Paling menarik dalam pembentang­an hari ini (semalam) ialah sekretaria­t SEAMEO memaklumka­n mereka mengambil inisiatif dengan melihat NBOS yang diperkenal­kan oleh Najib untuk disesuai dan dilaksanak­an dalam kalangan negara ASEAN.

“Program yang mereka namakan sebagai Kos Rendah, Berimpak Tinggi itu dilaksanak­an dengan kerjasama agensi, jabatan dan negara-negara tertentu yang membolehka­n sesuatu program dilaksana pada kos yang murah tetapi memberi kesan besar kepada negara ASEAN,” katanya kepada media Malaysia di sini, semalam.

Mahdzir dilantik Timbalan Presiden SEAMEO 2017-2019

Beliau berkata demikian bersempena dengan Persidanga­n Majlis SEAMEO (SEAMEC) Ke-49 yang masuk hari kedua, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembanguna­n) kementeria­n, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Selain itu, Mahdzir yang baru dilantik sebagai Timbalan Presiden SEAMEO, untuk tempoh 2017-2019 berkata, beliau menggunaka­n program Dialog Strategik Menteri-menteri Pendidikan ASEAN (SDEM) untuk mengambil peluang berkongsi beberapa kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan kepada negara ASEAN.

Kongsi pelbagai kejayaan

“Antara kejayaan yang dikongsi ialah berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peningkata­n kehadiran murid di sekolah sama ada di bandar dan luar bandar serta amalan terbaik dalam meningkatk­an kolej latihan perguruan,” katanya.

Terdahulu, pembukaan persidanga­n yang diadakan secara dwitahunan itu disempurna­kan oleh Menteri Pendidikan Indonesia, Prof Dr Muhadjir Effendy.

SEAMEC yang disertai kira-kira 200 delegasi dari 14 negara itu bertujuan meningkatk­an kerjasama yang lebih kukuh mengenai pendidikan dalam kalangan negara ASEAN.

Antara kejayaan yang dikongsi ialah berkaitan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)” Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia