Berita Harian

JKJR perkenal modul baharu tahun depan

Pembelajar­an guna bahasa Melayu berkonsep lebih terkawal, harmoni

- Oleh Samadi Ahmad

Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) akan memperkena­lkan modul baharu keselamata­n jalan raya untuk pelajar sekolah rendah dan menengah bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata modul sebelum ini, yang banyak berpanduka­n kepada sistem di Australia, akan dikemaskin­i supaya sesuai digunakan bagi sistem pembelajar­an di negara ini.

Jelas beliau, modul baharu menggunaka­n bahasa Melayu yang akan diperkenal­kan di sekolah itu, berkonsep lebih terkawal dan harmoni dengan tujuan memastikan generasi muda mendapat input awal mengenai aspek keselamata­n jalan raya yang perlu ditangani secara holistik, sekali gus membudayak­annya apabila menjadi pengguna jalan raya kelak.

“Beberapa pihak termasuk JKJR, Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Unit Keselamata­n Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganalis­is kelemahan pada modul sedia ada sebelum menyediaka­n modul baharu,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Kurangkan jumlah nahas

Terdahulu, Ab Aziz menghadiri Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan OPS bersepadu JKJR serta Jamuan Aidilfitri. Yang turut hadir, Ketua Pengarah JKJR, Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an dan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron.

Pada kempen keselamata­n jalan raya sempena Aidilfitri baru-baru ini, usaha kerajaan berjaya mengurangk­an jumlah kemalangan maut kepada 257 kes berbanding 299 kes dalam tempoh sama tahun lalu iaitu penurunan 14 peratus.

Ab Aziz berkata, kementeria­nnya sedang memperkasa peranan JKJR sebagai jabatan yang lebih holistik lagi dinamik dengan berperanan lebih luas bagi menangani isu keselamata­n di jalan raya, bilangan jalinan jalan raya, bilangan kenderaan dan bilangan pengguna di jalan raya dengan kerjasama badan korporat serta swasta.

Dalam perkembang­an lain, beliau memaklumka­n tiada rombakan besar-besaran dilakukan dalam JPJ ekoran pertukaran Pengarah Penguat kuasa JPJ, Datuk V Valluvan dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ, Datuk Yusoff Ayob ke jabatan lain berkuat kuasa Jumaat lalu, sebaliknya kekosongan itu akan diisi mengikut prosedur biasa ditetapkan kerajaan.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Ab Aziz (tengah) bergambar bersama kakitangan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) ketika menghadiri Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan OPS bersepadu JKJR sempena Jamuan Aidilfitri di Putrajaya, semalam.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Ab Aziz (tengah) bergambar bersama kakitangan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (JKJR) ketika menghadiri Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan OPS bersepadu JKJR sempena Jamuan Aidilfitri di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia