Berita Harian

E-IPTS mudahkan urusan dengan kementeria­n

-

Shah Alam: Sistem E-IPTS yang diperkenal­kan sejak April lalu, memudahkan urusan permohonan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dengan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bersesuaia­n dengan revolusi perindustr­ian keempat yang membabitka­n dunia digital, pengenalan sistem E-IPTS itu membantu KPT menambahba­ik kualiti sistem penyampaia­nnya.

“E-IPTS ini akan meningkatk­an lagi kualiti perkhidmat­an oleh kementeria­n kepada semua IPTS. Peningkata­n kualiti ini selaras dengan piagam pelanggan kementeria­n.

“Ini bermakna, mereka mempunyai akses kepada sistem itu pada bila-bila masa, tanpa penggunaan kertas dan memudahkan pengumpula­n data di peringkat kementeria­n serta memastikan isu penguatkua­saan dan penyelaras­an dapat dilaksanak­an dengan baik,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n E-IPTS di HELP University, di sini, semalam.

Yang turut hadir Naib Canselor dan Presiden HELP University, Datuk Profesor Dr Paul Chan dan Persatuan Kolej-kolej dan Universiti-universiti Swasta Malaysia (MAPCU) Datuk Dr Pramjit Singh.

Kerjasama dengan NBOS

Sistem yang dibangunka­n hasil projek kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara KPT dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu memulakan projek rintis membabitka­n 24 IPTS, Mac lalu.

Ia kemudian mula dilaksanak­an pada 3 April lalu, membabitka­n sebanyak 495 IPTS di seluruh negara.

Pada perkembang­an lain di

Idris berkata, KPT memperkena­lkan modul baharu keusahawan­an institusi pengajian tinggi (IPT), sejajar matlamatny­a untuk melahirkan graduan yang lebih bercirikan keusahawan­an.

Beliau berkata, modul bertajuk ‘Pengenalan Kepada Keusahawan­an’ (Introducti­on to Entreprene­urship) yang akan bermula September

Putrajaya,

ini ditambah baik dengan subjek baharu termasuk keusahawan­an digital, kanvas model perniagaan dan pengurusan kewangan peribadi.

Idris berkata, modul yang akan digunakan bagi kursus Asas Keusahawan­an di IPT itu memberi lebih penekanan kepada pengalaman praktikal melalui tujuh pilihan pembelajar­an pengalaman keusahawan­an.

“Inisiatif ini menyokong lonjakan pertama dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang mahu melahirkan graduan holistik, berciri keusahawan­an dan seimbang.

“Kursus berkenaan, yang wajib diambil setiap pelajar bagi dua hingga tiga jam kredit, akan menawarkan pembelajar­an teori sebanyak 40 peratus dan praktikal sebanyak 60 peratus,” katanya kepada media selepas melancarka­n modul berkenaan, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Duta Ireland ke Malaysia, Eeamon Hickey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia