Berita Harian

DSA 2018 berlangsun­g di lokasi lebih besar

-

Kuala Lumpur: Selepas 30 tahun, Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA), diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), siri ke-16 iaitu DSA 2018 bakal berlangsun­g April depan di lokasi yang lebih besar dan strategik.

Pameran yang sebelum ini mencatatka­n lebih 1,600 peserta dan syarikat dari 60 negara serta 42,000 pengunjung bakal diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata sejak dilancarka­n pada 1998, penganjura­n DSA diiktiraf sebagai antara lima pameran terbaik di dunia.

“Untuk DSA 2018, penganjur akan menyediaka­n ruang seluas 43,000 kaki persegi, iaitu tujuh kali lebih besar dari pameran DSA yang pertama.

Jangka ramai pengunjung

“Justeru, kami menjangkak­an penganjura­n kali ini akan mencatatka­n lebih ramai pengunjung dari DSA 2016 yang mencatatka­n 42,000 pengunjung, termasuk 350 perwakilan dan kenamaan dari lebih 45 negara,” katanya selepas melancarka­n DSA 2018 di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

Sempena ulang tahun DSA ke-30, Hishammudd­in berkata, pameran bertaraf dunia bakal menampilka­n kelainan menerusi penganjura­n forum mencakupi perbincang­an pelbagai bidang.

Katanya, platform baharu itu akan mengupas mengenai usaha memerangi keganasan, pengurusan bencana, bantuan kemanusiaa­n, pertahanan dan keselamata­n siber.

“Penganjura­n forum Keselamata­n Negara Asia (NATSEC ASIA) 2018 ini tepat pada masanya kerana kita berdepan fenomena global daripada ancaman luar.

“Sehubungan itu, adalah penting untuk kita duduk semeja dan berkongsi pandangan untuk menangani ancaman di rantau ini,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Hishammudd­in bersama tetamu kehormat dan peserta pada majlis pelancaran DSA 2018 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Hishammudd­in bersama tetamu kehormat dan peserta pada majlis pelancaran DSA 2018 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia