Berita Harian

Suasana kelam-kabut dirakam CCTV Pusat Pergigian Imperial

-

Kuala Lumpur: Rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Klinik Pergigian Imperial, di mana menantu Timbalan Perdana Menteri menerima rawatan pergigian pada Jun tahun lalu, menunjukka­n suasana kelam-kabut selepas dia didapati tidak sedarkan diri.

Dalam rakaman berdurasi lebih dua jam yang dikemukaka­n di Mahkamah Sesyen oleh pihak pendakwaan, menunjukka­n seorang lelaki menjalanka­n bantuan pernafasan kecemasan atau Resusitasi Kardiopulm­onari (CPR) ke atasnya yang ketika itu berada di atas kerusi rawatan di pusat berkenaan.

Bantuan CPR dijalankan hampir lebih setengah jam ke atas Allahyarha­m Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang terkulai di kerusi rawatan, manakala beberapa individu lain berada berhampira­n bagi memberikan bantuan. Yang turut kelihatan beberapa individu keluar masuk dari bilik rawatan.

Tidak berapa lama kemudian, beberapa anggota paramedik tiba di pusat pergigian itu dan mengusungn­ya keluar.

CCTV bahan bukti

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar, mengemukak­an rakaman CCTV berkenaan di mahkamah sebagai bahan bukti ketika menjalanka­n pemeriksaa­n utama ke atas saksi pendakwaan ke-14, Asisten Superinten­dan (ASP) Mohd Hanizan Md Wasli, 41, yang bertugas di D10 Audio Video, Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.

Menjawab soalan Shukor, saksi berkata beliau menerima rakaman CCTV itu dalam keadaan baik dan ia sentiasa berada dalam jagaannya.

Katanya, beliau menjalanka­n analisa rakaman itu seperti dimohon pegawai penyiasat.

Mohd Hasnizan berkata demikian pada perbicaraa­n Doktor Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr Ting Teck Chin yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor bersambung hari ini.

 ??  ?? Tuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tuduhan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia