Berita Harian

Strategi jahat Israel jajah Palestin

Muslihat Zionis usir umat Islam, kuasai kota suci secara mutlak

- Oleh Wartawan BH

Tindakan rejim Israel mengadakan sekatan dan menutup Masjid Al-aqsa adalah strategi jangka panjang Zionis mengusir umat Islam bagi menguasai sepenuhnya Palestin.

Jabatan Hal Ehwal Rundingan Luar, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), dalam satu sesi taklimat menyebut, tindakan itu bukan kali pertama dilakukan Israel, sebaliknya berterusan sehingga usaha menjadikan Palestin bandar eksklusif mereka berjaya.

Ia menyebut, Israel merampas hak rakyat Palestin sama ada beragama Islam atau Kristian daripada bebas beribadat dan menggunapa­kai satu polisi saja untuk tujuan mengusir, tidak menyelesai­kan rundingan, pembakaran rumah dan menyerang serta melakukan kekerasan terhadap rakyat kota suci itu setiap hari.

“Tindakan provokatif dan tidak sistematik Israel menyebabka­n rakyat Palestin diancam selain tidak mematuhi perjanjian damai yang dipersetuj­ui antara keduadua pihak.

Sokongan, perlindung­an

“Rakyat Palestin memerlukan sokongan serta perlindung­an pekerjaan dan persekitar­an Masjid Alaqsa seperti mana termaktub di bawah Undang-undang Antarabang­sa dan hasil perjanjian awal September 2000,” sebut taklimat itu.

Taklimat itu juga menyebut, tekanan harus dikenakan ke atas Israel atas pelanggara­n undangunda­ng antarabang­sa, termasuk hak beribadat selain Israel perlu menghormat­i khidmat Jabatan Wakaf yang menguruska­n Masjid Al-aqsa dan membebaska­n akses keluar masuk hak rakyat Palestin ke kota suci itu.

Dalam perkembang­an sama, Malaysian Relief Agency (MRA), mengutuk penceroboh­an tentera rejim Israel ke atas Masjid Al-aqsa yang bermula sejak 14 Julai lalu rentetan peristiwa berdarah yang menyebabka­n kematian dua tentera Israel dan dua rakyat Palestin.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata penceroboh­an ke atas Masjid Al-aqsa jelas menunjukka­n bahawa ini adalah strategi terancang Zionis mencemar maruah umat Islam secara keseluruha­n.

Penceroboh­an sejak 14 Julai itu memuncak apabila umat Islam tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-aqsa yang membangkit­kan perasaan marah terhadap rejim Zionis oleh umat Islam seluruh dunia.

“MRA ingin menegaskan, di bawah artikel 27, Persidanga­n Konvensyen Geneva ke-4 pada 1949, menghormat­i hak kebebasan beragama setiap individu adalah dituntut dan setiap manusia dibenar melaksanak­an upacara agama masing-masing tanpa halangan dan sekatan,” katanya.

Justeru, MRA menyeru masyarakat seluruh dunia yang cintakan keamanan supaya bersama menghentik­an penceroboh­an dan pencabulan ke atas kemuliaan Masjid Al-aqsa, mengembali­kan masjid ini kepada umat Islam dan mengutuk segala kekejaman dan kebiadapan dilakukan ke atas penduduk Palestin.

Penceroboh­an Masjid Al-aqsa menunjukka­n ini adalah strategi terancang Zionis mencemar maruah umat Islam secara keseluruha­n” Dr Mohd Daud Sulaiman, Presiden MRA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia