Berita Harian

Ada kaitan kumpulan jenayah selatan Thailand: KPN

Hasil siasatan dapati anggota aktif dalam aktiviti penyeludup­an senjata api, dadah serta manusia

- Oleh Safeek Affendy Razali

Polis percaya kehilangan seorang paderi, Raymond Koh, di Petaling Jaya pada 13 Februari lalu, mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan jenayah di selatan Thailand.

Maklumat itu diperoleh berdasarka­n siasatan terperinci ke atas tiga lelaki yang ditahan di sekitar Pengkalan Hulu, Perak, selepas polis menembak mati ketua mereka di Baling, Kedah, pada 17 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan dan maklumat diterima, kumpulan terbabit bergiat aktif dalam aktiviti penyeludup­an senjata api, dadah dan manusia termasuk membawa lari Raymond.

“Kita percaya, keempat-empat mereka termasuk seorang yang ditembak mati di Baling, mempunyai jaringan dengan sebuah lagi kumpulan penjenayah yang kini berada di selatan Thailand.

“Pada masa ini, kita turut bertukar-tukar maklumat dengan rakan di Thailand dalam usaha mengesan dan memburu rangkaian kumpulan terbabit termasuk mendapatka­n maklumat mengenai situasi terkini Raymond,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, beliau masih belum dapat memastikan keadaan sebenar Raymond sama ada masih hidup atau mati, namun meminta ahli keluarga menunggu sehingga maklumat sebenar diperoleh.

Kumpulan sama culik Raymond

Khalid berkata, pihaknya juga percaya kehilangan seorang lagi lelaki iaitu Peter Chong, pada 6 April lalu, turut mempunyai kaitan dengan kumpulan sama sehingga dia membuat laporan polis di Pattaya, Thailand, mendakwa diugut sebuah kumpulan.

“Berdasarka­n laporan dibuat Peter, kita juga yakin kumpulan itu adalah kumpulan sama menculik Raymond,” katanya.

Peter bagaimanap­un dilaporkan selamat selepas pulang ke tanah air pada 16 April lalu dari Pattaya, selepas kehilangan­nya menimbulka­n pelbagai spekulasi.

Terdahulu, Khalid menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis.

Pada majlis itu, Pengarah Pengurusan, Datuk Seri Zulkifli Abdullah mengambil alih jawatan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri/ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Abdul Ghaffar Rajab, mengambil alih jawatan Pengarah Pengurusan dan jawatan lama beliau diambil alih Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Khalid menyaksika­n serah terima tugas Pemangku Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Komisoner Polis, Datuk Amer Awal (kiri) kepada Zulkifli pada Majlis Terima Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Pemakaian Pangkat Pegawai...
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Khalid menyaksika­n serah terima tugas Pemangku Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Komisoner Polis, Datuk Amer Awal (kiri) kepada Zulkifli pada Majlis Terima Serah Tugas Pengarah Jabatan PDRM dan Pemakaian Pangkat Pegawai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia