Berita Harian

Remaja rompak kedai dobi diberkas

-

Johor Bahru: Polis menahan dua remaja yang merompak dan membakar mesin penukaran wang di sebuah kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee di sini sehingga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinai­n Jais, berkata kejadian kira-kira jam 5 pagi kelmarin disedari pemilik kedai dobi berusia 31 tahun sejurus menerima panggilan daripada pelanggann­ya mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, tindakan pantas polis berjaya menahan dua remaja berusia lingkungan 13 tahun itu pada jam 11.30 pagi kelmarin, iaitu tujuh jam selepas kejadian berlaku.

“Wanita pemilik kedai dobi itu menerima panggilan daripada pelanggann­ya pada jam 5 pagi memaklumka­n mesin tukar duit di kedai dobinya terbakar.

“Mangsa kemudian pergi ke kedai dan mendapati ada mesin sudah terbakar, malah rakaman CCTV dipasang menunjukka­n dua remaja cuba mengambil duit daripada mesin berkenaan, namun gagal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Gagal ambil wang

Shahurinai­n berkata, kedua-dua remaja terbabit dapat membuka pintu premis itu, tetapi tidak dapat mengambil duit berjumlah kira-kira RM300 kerana terdapat pintu besi berkunci.

“Usaha mengesan remaja terbabit dijalankan sebaik saja laporan diterima dan mereka ditahan anggota polis daripada Balai Polis Majidee pada jam 11.30 pagi semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya, kedua-dua remaja berkenaan kemudian dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan tiada waris atau penjaga dikesan menjaga mereka.

 ??  ?? Rakaman remaja cuba merompak dan mengumpil kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.
Rakaman remaja cuba merompak dan mengumpil kedai dobi layan diri di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia