Berita Harian

Siasat wang MARRIS disalahgun­a

-

Shah Alam: Kerajaan Persekutua­n perlu meneliti cara penggunaan wang peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) yang diberikan kepada setiap negeri.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, berkata tindakan itu perlu terutama Kementeria­n Kewangan dan Kementeria­n Kerja Raya kerana ada negeri menyalahgu­nakannya.

Katanya, pihaknya mengesan kerajaan Selangor menggunaka­n wang berkenaan bagi membaikpul­ih kerosakan bangunan dewan di Kampung Kuantan dan Kampung Padang Jawa, Klang.

“Perkara ini berlaku (di Selangor) bukan pertama kali. Tahun lalu kami bangkitkan (dalam sidang Dewan Undangan Negeri) dan EXCO ketika itu jawab, mereka gunakan untuk menyelengg­ara pangsapuri kos rendah.

Dakwaan bayar gaji

“Pernah juga ada dakwaan, Kerajaan Selangor guna wang MARRIS untuk bayar gaji pekerja. Ini melanggar syarat. Wang MARRIS untuk jalan negeri,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mat Nadzari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali berkata, siasatan secara menyeluruh harus dilakukan dan tindakan perlu diambil berikutan ia sudah beberapa kali berlaku.

Katanya, berdasarka­n papan tanda diletakkan di dua dewan itu, ia bertulis Projek Insfrastuk­tur MARRIS bagi kerja membaikpul­ih kerosakan bangunan dan kerja berkaitan.

“Perlu siasat mengapa wang MARRIS digunakan untuk tujuan ini. Kami bimbang perkara ini berterusan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata isu berkenaan tidak patut timbul kerana kontraktor sebenarnya mendirikan papan tanda yang salah.

“Sepatutnya ia ditulis Projek Kerajaan Negeri Selangor. Dana diambil dari peruntukan kemudahan asas desa di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN),” katanya.

 ??  ?? Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Mat Nadzari Ahmad Dahlan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia