Berita Harian

Lalai rosakkan amal kebaikan, ibadah

Lalai penyakit hati yang merosakkan kehidupan dunia dan akhirat. Hati yang lalai tidak mampu membuat penilaian dengan baik. Bahkan, hati menjadi hitam dan luntur daripada melakukan amal ibadah. Kesan paling menakutkan adalah mati dalam keadaan su’ul khati

-

Hidup ini berkaitan dengan seni membuat keputusan, yang cepat dan membuat keputusan tepat akan berjaya dalam hidup. Tepat dan cepat bagi orang Islam berpandu kepada al-quran dan as-sunah, maknanya setiap keputusan mengikut kesukaan dan reda Allah SWT.

Menerusi rancangan Islam Itu

Indah di IKIMFM, Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, berkata untuk membuat keputusan tepat dan cepat bukan suatu yang mudah melainkan mendapat pertolonga­n Allah SWT.

Syarat untuk mendapat pertolonga­n Allah SWT adalah hati yang lapang dan tenang, justeru, segala akan dipermudah­kan jika hati kita sentiasa lapang serta selalu mengingati Allah SWT.

Membuat keputusan ada kaitan dengan bagaimana kita mengurus kehidupan ini. Jika kita bijak menyusun dan mengatur kehidupan selaras apa yang dituntut agama, sudah pasti kita akan mendapat kesudahan hidup yang baik.

Tetapi, jika perjalanan hidup penuh dengan kelalaian kepada Allah SWT, hidup akan menjadi sia-sia. Kelalaian (ghaflah) menyebabka­n kita menderita dunia dan akhirat, bahkan ia adalah penyakit hati yang bahaya kerana sifat lalai permulaan kepada penyakit hati yang lain.

Ghaflah akan mematikan hati sehingga tidak dapat melihat kebaikan dan kejernihan. Perkara besar dan penting diganggu oleh perkara remeh, pinggiran, tidak bermanfaat, menjadikan kita alpa untuk membuat pertimbang­an dan penilaian akan hal yang penting.

Justeru, Allah SWT menegaskan dalam firman yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang hati, pendengara­n dan penglihata­nnya telah dikunci mati oleh Allah dan mereka itulah orang yang lalai.” (Surah an-nahl, ayat 108)

Tidak mengingati Allah SWT

Sebenarnya, seseorang Mukmin boleh menjadi lalai jika hatinya berada dalam kelalaian, iaitu tidak mengingati Allah SWT. Begitu juga pendengara­n dan penglihata­n yang tidak mengambil iktibar atas setiap apa terjadi.

Perkara sinonim dengan lalai adalah ghalib, hilang fokus atau tidak kisah kerana hati telah jauh daripada perkara yang membawa kepada perbuatan mengingati Allah SWT. Hati tidak fokus terhadap perkara yang penting.

Sifat lalai menjadi semakin parah apabila manusia tidak lagi memberi perhatian kepada Allah SWT, sebaliknya lebih tertarik kepada perhatian manusia. Lalai kepada akhirat kerana tertumpu dunia, lalai kepada kematian kerana terlalu fokus pada kehidupan yang tidak kekal.

Kesan lalai amat memudaratk­an, ia boleh diibaratka­n seperti pembunuh senyap kerana orang yang lalai tidak begitu terserlah seperti orang mengumpat atau menipu. Bagaimanap­un, lalai adalah penyakit hati yang jika tidak dirawat boleh merosakkan amal ibadah seorang Mukmin.

Hati jadi hitam

Paling merisaukan, penyakit lalai ini jika tidak dirawat lamakelama­an akan merosakkan hati sehingga menyebabka­n hati menjadi hitam. Lalai yang teruk boleh menyebabka­n hati menjadi luntur kepada perkara bersifat ibadah.

Penyakit ini membunuh segala kebaikan dan ibadah, kita akan hilang arah serta fokus. Orang yang hilang arah hidupnya letih, lesu dan buntu.

Begitu juga orang yang terlalu mengejar dunia, akan tertekan dan hilang arah. Malah, mereka berasa letih dengan kerenah dunia. Kesan paling menakutkan bagi orang yang lalai, dikhuatiri mati dalam keadaan su’ul khatimah (dalam keadaan buruk).

Justeru, hayati setiap perkara yang dilakukan. Istiqamah dalam setiap amalan walaupun sedikit supaya kita tidak tergolong dalam orang yang lalai. Rapatkan diri dengan al-quran, tingkatkan amal ibadah, bersamalah dengan sahabat atau ahli zikir. Berdoalah supaya dikurniaka­n sahabat yang selalu mengajak untuk hampir kepada Allah

SWT.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Mukmin rajin membaca al-quran terhindar daripada sifat lalai.
[FOTO HIASAN] Mukmin rajin membaca al-quran terhindar daripada sifat lalai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia