Berita Harian

Rezeki jual produk dalam talian

Suhaili bantu wanita tambah pendapatan cecah lima angka

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Perniagaan dalam talian semakin digemari masyarakat moden yang memberikan kemudahan urus niaga, bukan hanya menumpukan pelanggan, malahan kepada peniaga sendiri.

Kaedah perniagaan ini mudah dimulakan dan dijalankan dengan modal yang rendah juga membuka peluang perniagaan lebih luas, terutama dalam kalangan wanita dan suri rumah.

Pengeluar produk kecantikan dan kesihatan Eliss antara jenama penjagaan diri yang tampil memberikan kemudahan dan keuntungan dalam membantu wanita menjana pendapatan bulanan mencecah lima angka.

Permintaan tinggi

Pengasas Eliss, Suhaili Mohd Zain, 34, berkata rangkaian produk mula bertapak di pasaran sejak dua tahun lalu itu mampu mencapai sasaran memandangk­an permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Katanya, sehingga kini Eliss mempunyai 2,037 ahli berdaftar termasuk 42 stokis seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Saya yakin mampu mencapai sasaran ini disebabkan permintaan terhadap produk kecantikan ini amat tinggi di pasaran dan kita mampu untuk menembusi pasaran berdasarka­n kualiti produk yang dihasilkan.

“Mengetenga­hkan produk, ia juga membuka peluang perniagaan dalam talian boleh disertai wanita dan suri rumah mahu menjana pendapatan tambahan bagi membantu keluarga,” katanya selepas majlis hari raya anjuran Eliss, baru-baru ini.

Bantu suri rumah berniaga

Menyasarka­n jualan tahunan RM5 juta, katanya peluang perniagaan dalam talian itu membantu ramai wanita yang serius berniaga.

“Ada di antara suri rumah sudah berjaya mendapat pulangan jualan bermula RM5,000 hingga RM10,000 setiap bulan hanya menerusi sistem jualan produk dalam talian.

“Peluang ditawarkan juga memberikan kemudahan kepada suri rumah yang tidak mempunyai modal tinggi untuk memulakan perniagaan, selain dapat menikmati kebebasan waktu kerja tanpa menjejaska­n masa bersama keluarga.

“Mereka boleh melakukan pada bila-bila masa dan tempat dengan kemudahan mengakses internet. Perkembang­an industri ini sudah berjaya mengatasi perniagaan biasa,” katanya.

Tawar kursus bimbingan, ganjaran kepada ahli

Kata Suhaili, pihaknya juga menawarkan kursus bimbingan perniagaan dan ganjaran setiap bulan dan tahunan kepada ahli.

Suhaili berkata, jenama itu menawarkan kereta Honda HRV, Honda City dan Perodua Myvi kepada stokis yang membuat jualan sebanyak 30,000 unit produk utama Leptos dan Qufast dalam masa setahun tempoh jualan.

“Saya mahu berkongsi ilmu perniagaan dimiliki dengan wanita dan suri rumah yang benarbenar ingin berjaya dalam perniagaan.

“Eliss juga menghargai usaha gigih stokis dalam menyasarka­n produk ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura,” katanya

Ada di antara suri rumah sudah berjaya mendapat pulangan jualan bermula RM5,000 hingga RM10,000 setiap bulan hanya menerusi sistem jualan produk dalam talian”

Suhaili Mohd Zain,

Pengasas Eliss

 ??  ?? Suhaili (enam dari kanan) menghargai stokis yang gigih memasarkan produknya.
Suhaili (enam dari kanan) menghargai stokis yang gigih memasarkan produknya.
 ??  ?? Suhaili dan suami menunjukka­n produk kecantikan penjagaan diri yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Suhaili dan suami menunjukka­n produk kecantikan penjagaan diri yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia