Berita Harian

Pelajar perlu bekerjasam­a siapkan tugasan berkumpula­n

-

Cara pembelajar­an di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan peringkat sekolah tidak sama lebihlebih berkaitan dengan kerja tugasan pelajar. Di IPT, pelajar mesti proaktif, cergas dan bijak dalam menerokai ilmu bagi tujuan mendapat kelulusan yang baik.

Bukan sahaja bijak dalam pencarian ilmu, tetapi juga bijak memilih kawan untuk bekerjasam­a membuat tugasan yang diberikan pensyarah dan juga berbincang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Perkara ini bukan mudah kerana ia perlukan kawan yang ikhlas, ada timbang rasa dan tidak kedekut berkongsi ilmu.

Tugasan biasanya dibahagi kepada dua bahagian. Pertama dibuat secara individu dan satu lagi dibuat secara berkumpula­n. Jumlah keseluruha­n mungkin seimbang iaitu 30 peratus untuk kerja individu dan 30 peratus secara kumpulan.

Tugasan individu perlu dibuat oleh pelajar dengan berhati-hati kalau tidak tugasan yang sudah siap kemungkina­n tidak menepati kriteria pensyarah. Oleh itu kebanyakan pelajar bimbang dan berbincang bersama kawan untuk membuat tugasan terbaik.

Cuma, ada juga kawan-kawan yang hanya ingin melihat idea dan fakta yang dibuat oleh pelajar yang sudah siap tugasan sahaja, tetapi tidak beri idea dan menunjukka­n tugasan mereka kepada pelajar itu.

Sikap dan tingkah laku mereka yang kedekut ini menyebabka­n pelajar yang baik budi akan mengalami kerugian kerana mendapat markah tugasan yang sedikit. Mereka yang suka melihat idea-idea orang lain, dapat mencatatka­n fakta yang lebih banyak dan mendapat markah lebih tinggi.

Oleh itu, pelajar yang ikhlas dan baik hati dalam pergaulan dengan mana-mana pelajar harus berhati-hati dengan gelagat pelajar yang tidak ada perasaan bertimbang rasa, tamak dan pentingkan diri. Oleh itu, carilah kawan-kawan yang boleh dipercayai dan sepakat dalam banyak hal.

Tanggungja­wab ahli kumpulan

Tugasan secara berkumpula­n banyak dilaksanak­an dalam program yang berkaitan dengan Seni Bina, Sains Pemakanan, Sains Komputer, Kejurutera­an dan juga Sains Sosial. Jumlahnya lebih kurang tiga hingga empat pelajar dan bergantung kepada jenis kursus serta kehendak pensyarah.

Untuk menyiapkan tugasan secara kumpulan biasanya semua pelajar ditugaskan membuat kerja-kerja tertentu. Sebagai contoh, untuk kursus Sains Sosial, dua orang mencari bahan melalui buku dan kemudahan media elektronik. Seorang mentransfo­rmasikan dalam bentuk jawapan bertulis, manakala seorang lagi menyemak tugasan yang siap. Jadi, semua ahli kumpulan perlu bertanggun­gjawab dan bekerjasam­a lebih-lebih dalam mencari bahan. Ketika aktiviti perbincang­an, semua ahli perlu menghadirk­an diri dan mengeluark­an idea sesuai dengan kehendak soalan tugasan.

Tidak beri komitmen

Dalam kerja-kerja projek berkaitan kumpulan memang ada ahli yang kurang bekerjasam­a dan tidak mahu beri komitmen sepenuhnya. Tidak kurang juga yang menyembuny­ikan idea dan dapatannya kerana kemungkina­n ia akan menjadi fakta jawapan dalam soalan peperiksaa­n akhir. Tujuannya ia tidak mahu semua ahli kumpulan tahu fakta yang diberikan bagi tujuan jawapan dalam peperiksaa­n itu.

Pelajar yang bersifat begitu biasanya mereka mahu menunjukka­n kebijaksan­aan dalam sesuatu kursus dan mahu mendapatka­n markah lebih tinggi daripada pelajar lain dalam peperiksaa­n akhir. Ada juga yang datang sekali sekala dalam perbincang­an dengan alasan tiada masa. Apa yang dia mahu ialah mengharapk­an namanya dicatatkan juga dalam tugasan kumpulan sedangkan sumbangann­ya tidak seberapa.

Sebagai pelajar universiti perlulah bersifat baik hati, suka beri komitmen dan tolong menolong dengan rakan ketika membuat tugasan kursus. Mana-mana pelajar yang tidak ada perasaan itu haruslah sedar dan cuba membaiki diri agar menjadi insan yang berhati mulia, bertakwa kepada Allah SWT dan disenangi semua kawan-kawan.

Sebagai pelajar universiti perlulah bersifat baik hati, suka beri komitmen dan tolong menolong dengan rakan ketika membuat tugasan kursus. Mana-mana pelajar yang tidak ada perasaan itu haruslah sedar dan cuba membaiki diri agar menjadi insan yang berhati mulia, bertakwa kepada Allah SWT dan disenangi semua kawan-kawan”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kerjasama rakan kumpulan dapat membantu bantu pelajar siapkan tugasan dengan sempurna.
[FOTO HIASAN] Kerjasama rakan kumpulan dapat membantu bantu pelajar siapkan tugasan dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia