Berita Harian

Haramkan aplikasi sosial gay, sekat hubungan songsang

- Adam Simpati,

Persoalan dibangkitk­an bekas personalit­i TV, Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim Ahad lalu, berkenaan gejala trend lelaki menyukai lelaki, sekali gus menyumbang kesukaran wanita mencari suami, isu penting yang harus kerajaan beri perhatian serius.

Apabila Azrinaz mengaitkan sekolah berasrama penuh sains sebagai antara faktor wujudnya golongan gay, hal ini tidak dapat ditolak walaupun perlu selepas ini diikuti kajian lebih kuantitati­f. Ini mengikut pengalaman saya bersekolah asrama penuh di selatan tanah air mulai Tingkatan Empat lewat 1990-an.

Contohnya, pelajar junior diarah mandi di kolah terbuka dan diperhatik­an senior. Pelajar junior berkulit cerah dan berwajah 'jambu' dipanggil senior ke bilik dan disuruh mengurut anggota badan.

Sekarang, lagi dahsyat. Aplikasi Wechat sudah jadi medium remaja lelaki bukan sahaja meluahkan segala perasaan, bahkan mengajak bertemu untuk melakukan seks.

Sekat akses ke laman lucah

Wujud juga aplikasi sosial khas untuk gay seperti Grindr dan Hornet yang malangnya boleh diakses di negara ini. Di Tumblr pula wujud secara terbuka akaun berkongsik­an foto dan video aksi gay termasuk dilakukan oleh lelaki Melayu.

Program TV tempatan seperti drama dan komedi mengenai gay dan menggayaka­n watak lelaki lembut juga patut kerajaan haramkan. Sehubungan itu, kerajaan wajib menyekat akses ke laman lucah termasuk gay ini daripada terus merosakkan pemikiran dan jiwa generasi muda khususnya golongan lelaki. Mengaibkan apabila lelaki, termasuk Melayu kategori bapa terbabit sama.

Kita juga perlu jujur meneliti sejauh mana cara hidup masyarakat kita tanpa sedar menyumbang kepada pertambaha­n komuniti gay. Saya secara peribadi menyifatka­n, keluarga Melayu harus beri peluang kepada anak berlainan jantina bercampur gaul selagi belum baligh.

Biar mereka berkomunik­asi dan mengenali lawan jantina masing-masing sepanjang usia kanak-kanak mereka. Jangan haramkan mereka bergaul dan bermain asalkan di depan mata dan kawalan kita. Apabila mereka remaja, bimbing dan kawal bukan sekat 100 peratus. Islam tidak terlalu zalim menyekat keinginan manusia bergaul.

Sekat pergaulan secara berlebih-lebihan

Sikap sebahagian masyarakat Melayu yang berlebih-lebihan mengawal pergaulan mewujudkan keadaan ekstrem iaitu kanak-kanak lelaki membesar dengan menyimpan ‘geram’ terhadap perempuan atau menjadi kekok, bahkan minatnya beralih menyukai sesama jenis.

Selain itu, ibu bapa hari ini perlu izinkan anak lelaki mereka berkahwin walaupun dianggap terlalu muda. Saya ada seorang rakan lelaki ketika dia berusia 23 tahun menyuaraka­n hasrat berkahwin, tetapi dihalang ibu dengan alasan belum mampu dari segi kewangan.

Kemudian, pada usianya 28 tahun, dia mahu kahwin dengan wanita lain, tetapi dibantah lagi orang tuanya dengan alasan tidak mahu menantu dari negeri jauh. Akhirnya, dia menjalin hubungan dengan lelaki pada usia 4o tahun.

Apa pun, mengambil kira semua ini, wajarlah kerajaan menyekat aplikasi sosial gay sebagai usaha menangani aktiviti hubungan songsang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia