Berita Harian

Arab Saudi dedah 18 organisasi dibiayai Qatar

-

Riyadh: Arab Saudi dan sekutunya, semalam mendedahka­n satu senarai hitam ‘pengganas’ terdiri daripada 18 or ganisasi dan individu disyaki ada kaitan dengan pelampau Islam yang menjalin hubungan dengan Qatar.

Tindakan empat kerajaan Arab itu dilakukan walaupun wujud tekanan meningkat antarabang­sa supaya pihak bertelagah berunding bagi menamatkan boikot selama berminggum­inggu ke atas sekutu Amerika Syarikat (AS) itu.

Kenyataan bersama dikeluarka­n Agensi Berita Saudi (SPA) berkata, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir menyenarai hitam sembilan pertubuhan kebajikan dan media serta sembilan individu yang secara langsung atau tidak langsung dikaitkan dengan pihak berkuasa Qatar sebagai pengganas.

“Kami menjangka kerajaan Qatar mengambil langkah berikutnya serta mendakwa kumpulan serta individu dianggap pengganas,” tambah kenyataan itu.

AS, Jerman gesa dialog

Empat negara terbabit memboikot Qatar sejak 5 Jun lalu dalam krisis diplomatik terburuk selama beberapa tahun di rantau terbabit.

Sementara itu, Presiden Mesir, Abdel Fattah alsisi, berkata kerajaanny­a akan terus melaksanak­an sekatan terhadap Qatar, sekali gus mengetepik­an usaha antarabang­sa menamatkan krisis itu.

“Mesir akan terus berpegang kepada keputusann­ya dan tidak akan berundur dalam isu ini,” katanya pada satu persidanga­n belia di Alexandria, semalam.

AS dan Jerman menggesa dialog diadakan, manakala Kuwait kini berusaha menyelesai­kan krisis itu dengan bertindak sebagai orang tengah.

Dalam perkembang­an sama, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menamatkan lawatan dua hari ke Asia Barat dalam usaha untuk menenangka­n krisis di rantau itu tanpa petanda ia membuahkan sebarang hasil.

Ankara adalah sekutu terkuat Qatar ketika negara itu berdepan tuntutan empat negara Arab, hingga cepat bertindak menghantar tentera di pangkalann­ya di Doha sebagai tanda sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia