Berita Harian

Spieth, Mcilroy pilihan semula jadi di Charlotte

Kedua-dua pemain dijangka kuasai kejohanan major terakhir

-

Juara Terbuka British, Jordan Spieth dan pemain Ireland Utara, Rory Mcilroy dinilai 7-1 sebagai pilihan utama yang akan menjuarai Kejohanan PGA di Charlotte, Carolina Utara, bulan depan.

Spieth, yang menjuarai Masters Amerika Syarikat dan Terbuka Amerika Syarikat pada 2015, meraih gelaran Terbuka ketiganya di Royal Birkdale, Ahad lalu dan dijangka melengkapk­an grand slam dalam kariernya pada 10 hingga 13 Ogos ini di PGA - kejohanan major terakhir tahun ini.

Mcilroy yang juga juara major empat kali dan menamatkan saingan dengan berkongsi tempat keempat di Royal Birkdale, dilihat mampu menambah koleksi trofi major yang diraihnya sebelum ini di Terbuka Amerika Syarikat 2011, Terbuka British 2014 dan Kejohanan PGA 2012 serta 2014.

Quail Hollow sering menjadi lapangan digemari Mcilroy yang menyaksika­n dia pernah dua kali menjuarai kejohanan dan disertai empat lagi pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik.

Senarai pemain pilihan

Antara senarai lain seperti yang dimuat naik dalam laman web Bovada (www.bovada.lv) ialah Dustin Johnson yang dinilai 9-1, rakan senegarany­a dari Australia, Jason Day (16-1) manakala pemain Jepun, Hideki Matsuyama serta Jon Rahm (Sepanyol) dinilai 18-1 untuk menjuarai kejohanan major pertama mereka.

Rickie Fowler dinilai 20-1 untuk meraih gelaran major pertamanya, disusuli juara Terbuka British 2016 dari Sweden, Henrik Stenson, Juara Masters Amerika Syarikat, Sergio Garcia (Sepanyol) dan pemain England, Justin Rose (25-1) untuk melengkapk­an senarai 10 pemain pilihan utama bagi kejohanan itu.

 ??  ?? Spieth (kiri) dijangka melengkapk­an grand slam dalam kariernya, manakala Mcilroy mampu menambah koleksi trofi major yang diraihnya sebelum ini.
Spieth (kiri) dijangka melengkapk­an grand slam dalam kariernya, manakala Mcilroy mampu menambah koleksi trofi major yang diraihnya sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia