Berita Harian

West Ham sambar Chicharito

-

London: Penyerang Mexico, Javier Hernandez melengkapk­an perpindaha­n dari Bayer Leverkusen ke West Ham United dengan nilai 16 juta pound (RM89 juta), semalam.

Penyerang berusia 29 tahun itu, yang sebelum ini pernah berada di England bersama Manchester United dengan meraih dua gelaran liga, menyertai barisan Slaven Bilic dengan kontrak tiga tahun selepas melengkapk­an ujian kesihatan di sini.

Menjadi ikon popular di negaranya, Hernandez muncul selaku penjaring gol terbanyak Mexico awal tahun ini dengan meledak 48 gol dalam 96 penampilan, termasuk dua kali di Piala Dunia.

Penampilan­nya bersama pasukan Bundesliga, Leverkusen juga menyaksika­n dia meledak 28 gol dalam 54 perlawanan.

Hernandez atau dikenali sebagai Chicharito, tiba di West Ham selepas mengikuti jejak pemain Argentina Pablo Zabaleta, penjaga gol England, Joe Hart dan Marko Arnautovic (Austria).

Bukan keputusan sukar

Dalam laman web kelab itu, Hernandez berkata dia tidak sabar untuk memulakan langkah di Stadium London.

“Bagi saya, Liga Perdana Inggeris adalah liga terhebat di dunia dan apabila peluang muncul, saya tidak sabar menandatan­gani persetujua­n bersama kelab ini,” katanya.

“Ia bukan satu keputusan yang sukar. West Ham sebuah kelab bersejarah dan mempunyai semangat berkobar-kobar. Pada musim panas ini kamu boleh lihat dengan pemain yang diikat, mereka bakal berdepan musim yang sangat bagus.:

Pengerusi Bersama, David Sullivan dalam pada itu berharap pengalaman antarabang­sa yang diraih bekas penyerang Real Madrid itu bakal dibawa bersama ke dalam kelab.

“Dia sudah membuktika­n dengan rekod jaringan dalam Liga Perdana, La Liga dan Bundesliga termasuk juga Liga Juara-juara serta di peringkat antarabang­sa bersama Mexico,” kata Sullivan.

“Kami kini mempunyai beberapa pilihan menarik di bahagian serangan dan seperti mana penyokong West Ham, saya tidak sabar melihat Javier meledak gol dengan jersi biru, musim depan.”

 ??  ??
 ??  ?? Mbappe jadi buruan Guardiola.
Mbappe jadi buruan Guardiola.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia