Berita Harian

Jamaica tekad pecah dominasi

Reggae Boyz sedia tamat penantian, mahu benam AS pada aksi final

-

Jamaica sudah bersedia menamatkan penantian Amerika Utara dalam saingan Piala Emas CONCACAF ketika turun menentang pasukan pilihan, Amerika Syarikat dalam aksi final di Stadium Levi’s di Santa Clara, pagi esok.

Kemaraan barisan Bruce Arena dalam perlawanan pemburuan gelaran kejohanan benua untuk Utara dan Amerika Tengah itu bukanlah satu kejutan.

Biarpun pernah tewas di tangan Jamaica pada separuh akhir 2015, mereka kini sedang dalam pemburuan membawa pulang gelaran keenam dalam kejohanan benua untuk Utara, Amerika Tengah dan Caribbean.

Sejak Piala Emas diinstitus­ikan pada 1991, Mexico meraih tujuh gelaran, Amerika Syarikat lima manakala Kanada satu gelaran pada tahun 2000.

Namun, Jamaica kini kembali menunjukka­n taring. Mereka menewaskan juara bertahan Mexico dalam aksi separuh akhir untuk muncul selaku satu-satunya pasukan selain Amerika Syarikat atau El Tri yang mara ke final secara berturut-turut.

Bangkit semula semangat

“Itu adalah kitaran yang kami mahu pecahkan,” kata jurulatih Jamaica, Theodore Whitmore mengenai penguasaan As-mexico baik di peringkat kejohanan mahupun benua.

“Perkara itulah yang sedang kami, staf dan pemain sedang bincangkan. Ia sentiasa MexicoAS. Kami mahu berada dalam senarai kumpulan utama itu.”

Sementara itu, Amerika Syarikat mempunyai rekod tidak pernah tewas dalam 13 perlawanan sejak Arena mengemudi pasukan selepas menggantik­an pengendali dari Jerman, Jurgen Klinsmann yang dipecat selepas tewas 0-4 di tangan Costa Rica dalam kelayakan Piala Dunia.

Jurulatih Costa Rica, Oscar Ramirez pernah berkata yang kepulangan Arena secara tidak langsung membangkit­kan semula semangat di Amerika Syarikat.

“Ketika Klinsmann mengendali­kan pasukan, terdapat tekanan mungkin kerana ada sesetengah­nya mempunyai masalah dengannya,” kata Ramirez. “Saya fikir Bruce sudah mengembali­kan semula tahap mereka.” Jurulatih Jamaica

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia