Berita Harian

Arena yakin Bay Area bukan lagi badi

-

Los Angeles: Pasukan Amerika Syarikat (AS) tiba di Bay Area untuk pertembung­an final Piala Emas, lokasi yang pastinya membangkit­kan semula semangat mereka selepas tewas di tangan Mexico dan Costa Rica dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018.

“Empat bulan lalu kami membina semula program kami - satu program yang agak terdesak untuk melayakkan diri ke Piala Dunia termasuk juga beberapa perkara lain,” kata ketua jurulatih pasukan AS, Bruce Arena, kelmarin.

Ketika bertemu Honduras di Stadium Avaya, 24 Mac lalu, AS seakan melaungkan amaran, menumbangk­an Los Catrachos menerusi hatrik Clint Dempsey serta jaringan daripada Sebastian Lletget, Christian Pulisic dan Michael Bradley untuk meraih kemenangan bergaya 6-0.

Sejak itu, AS terus menambah kutipan mata kepada lapan pada kempen kelayakan Piala Dunia pusingan akhir, menempatka­n mereka di kedudukan ketiga sebelum memasuki jadual perlawanan pada bulan September.

Mereka meneruskan rentak dengan rekod 13 perlawanan tanpa kalah sejak Arena kembali mengemudi pasukan sehinggala­h menempah tiket beraksi di final Piala Emas di Stadium Levi’s di Santa Clara.

Peluang besar

“Saya fikir kami sudah melakukan tugas yang baik sejak empat bulan lalu dan ia satu peluang besar untuk kami meneruskan rentak ini,” kata Arena.

Skuad AS tidak akan bertemu seteru utama Mexico ataupun Costa Rica di Santa Clara tetapi Jamaica, sebuah pasukan yang dilihat semakin menyerlah di Piala Emas apabila belum pernah dikalahkan dalam 10 daripada 11 perlawanan mereka di kejohanan ini.

Jamaica juga tidak harus dipandang rendah apatah lagi mereka pernah berada di pentas final 2015 hasil menewaskan AS 2-1 di peringkat separuh akhir.

Sama seperti dua tahun lalu, The Reggae Boyz sememangny­a layak untuk kembali ke pentas kemuncak ini, menewaskan Mexico 1-0 di separuh akhir hasil jaringan tunggal daripada Kemar Lawrence pada minit ke-88.

“Saya fikir mereka bermain dengan sangat baik kali ini,” kata Arena. “Saya fikir mereka adalah pasukan Jamaica yang berlainan berbanding yang pernah kita lihat sebelum ini.

“Mereka lebih berdisipli­n, mereka sangat kuat di barisan pertahanan dan mereka sukar untuk dikalahkan. Bagi saya, ia bukanlah sesuatu yang sering kamu lihat dalam pasukan Jamaica.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia