Berita Harian

Gara-gara biadab, bintang Chelsea dihantar pulang

-

London: Chelsea menghantar pulang pemain bintangnya, Kenedy daripada jelajah pramusim di Asia sebagai hukuman selepas membuat kenyataan biadab di laman media sosial mengenai China.

Pertahanan Brazil berkenaan dihalang daripada menyertai jelajah berprofil tinggi itu sebagai usaha Chelsea mengelak daripada terus diaibkan apabila siaran laman media sosial itu menimbulka­n kemarahan penduduk negara terbabit.

Pemain berusia 21 tahun itu meletakkan dua video di Instagram dengan petikan yang diterjemah­kan kepada katakata kesat `F**k you China’ dan gambar seorang pengawal keselamata­n yang tidur beserta petikan ‘Bangun China. Bahlul.’

Diejek penyokong

Kenedy memaparkan mesej terbabit sebelum aksi persahabat­an bertemu Arsenal di Beijing dengan dia diejek oleh penyokong pada perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 3-0 buat skuad The Blues.

Chelsea sudah mengemukak­an permohonan maaf dan mengakui tindakan Kenedy sudah ‘menimbulka­n rasa sakit hati dan menyakiti perasaan rakyat China.’

Kenedy yang diikat daripada Fluminese dengan nilai perpindaha­n 6 juta pound sterling (RM33 juta) pada 2015 menyertai pasukan Chelsea ke Singapura dan menjalani latihan bersama skuad itu hujung minggu lalu.

Gugur pemain

Dengan Kenedy yang dilihat memalukan negara China, laporan menyatakan Chelsea kini dipaksa untuk menggugurk­an pemain itu daripada persiapan pramusim memandangk­an Chelsea perlu menjaga reputasi pasukan itu dan mengekalka­n kedudukan mereka di pasaran Asia yang begitu lumayan.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu sudah beraksi bertemu Bayern Munich malam tadi dan akan menentang Inter Milan pada Sabtu dan Conte sudah pasti akan berdepan pelbagai persoalan membabitka­n perilaku Kenedy dan laporan mengenai penghantar­an pulang pemain itu ke London.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia