Berita Harian

PSG ‘simpul mati’ Verratti

Blanc yakin gergasi Perancis tak lepas pemain Itali ke Barcelona

-

Bekas ketua jurulatih Paris Saint-germain (PSG), Laurent Blanc menganggap sukar buat Marco Verratti untuk meninggalk­an gergasi Perancis itu meskipun mendapat perhatian dari Barcelona.

Verratti dilaporkan mahu berpindah ke Camp Nou dan Barca sudah pun menyatakan kekaguman mereka untuk mendapatka­n pemain kebangsaan Itali itu namun PSG jelas tidak mahu melepaskan­nya.

Blanc pernah melatih Verratti ketika mengemudi PSG dan pengendali berusia 51 tahun itu jelas tidak mahu menyaksika­n bekas pemain sayap Pescara itu meninggalk­an kelab berkenaan.

“Saya tidak tahu apakah yang bakal berlaku terhadap Verratti,” kata Blanc. “Marco Verratti adalah pemain yang sangat penting buat PSG.

“Dia mempunyai kualiti dan PSG sanggup melakukan apa saja untuk mengekalka­nnya di dalam pasukan. Agak sukar untuk melihat Verratti meninggalk­an kelab ini.”

Ditunjuk jalan keluar

Verratti sebelum ini membina langkah secara sendiri, menggantik­an ejennya Donato Di Campli dengan Mino Raiola, yang mewakili pemain seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovi­c.

Verratti masih mempunyai kontrak sehingga 2021 dan yuran perpindaha­n STG100 juta (RM500 juta) diperuntuk­kan bagi mendapatka­n pemain itu yang sudah mengecapi empat kejayaan dalam Ligue 1, Coupe de la Ligue dan Trophee des Champios sejak tiba dari Pescara pada 2012.

Musim lalu, Verratti membuat 43 penampilan dalam semua kejohanan tatkala PSG dikecewaka­n Monaco dalam Ligue 1 dan ditunjuk jalan keluar pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara di tangan Barca.

 ??  ??
 ??  ?? Verratti (tengah) mahu berpindah ke Barcelona tetapi disekat PSG.
Verratti (tengah) mahu berpindah ke Barcelona tetapi disekat PSG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia