Berita Harian

‘Sukan SEA dulu, baru kontrak’

Kim Swee fokus emas, enggan fikir masa depan bersama FAM

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Ketua jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee enggan memikirkan soal masa depannya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan kepada memburu emas keduanya di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

“Saya tidak memikirkan perkara itu (kontrak), apa yang menjadi tumpuan utama saya sekarang hanyalah memburu emas bola sepak Sukan SEA,” kata Kim Swee yang kembali mendapat tumpuan selepas mengemudi pasukan ke Kejuaraan AFC Bawah 23 (B-23) Tahun 2018.

“Kontrak saya akan tamat akhir tahun ini dan tugas saya hanya memastikan emas bola sepak Sukan SEA kembali menjadi milik Malaysia.

“Apa yang terjadi selepas itu terpulang kepada pihak pengurusan,” katanya semalam.

Kim Swee yang dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2016 untuk tempoh dua tahun, kembali menjaga skuad muda negara selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi presiden baharu FAM Mac tahun ini.

Lembaran baru

Dengan kontrak lama Kim Swee bakal berakhir hujung tahun ini, timbul persoalan sama ada Kejuaraan AFC B-23 di China tahun depan akan dikendali beliau susulan kejayaanny­a menjuarai Kumpulan H pusingan kelayakan di Bangkok yang turut dibarisi Thailand, Indonesia dan Mongolia.

Walaupun pada awalnya pusingan kelayakan di Bangkok itu hanya dianggap sebagai aksi pemanas badan menjelang Sukan SEA – sehingga ada pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang enggan melepaskan pemain mereka – kini kejayaan skuad kendalian Kim Swee itu membuka lembaran baru buat bola sepak Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sudah tentu Kim Swee calon paling layak untuk mengemudi skuad B-23 negara di kejohanan di China tahun depan, namun ia hanya akan dimuktamad­kan selepas mendapat perkenan Tunku Ismail.

“Sudah tentu berdasarka­n prestasi di Bangkok, Kim Swee perlu meneruskan usahanya di China, saya rasa presiden dan barisan EXCO akan mempertimb­angkan perkara itu,” kata Hamidin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia