Berita Harian

‘Laluan maut’ jadi kelebihan buat skuad lebuh raya

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: ‘Laluan Maut 2001’ yang pernah didominasi skuad basikal lebuh raya Malaysia disahkan sebagai laluan rasmi bagi acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, keputusan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Acara Basikal Sukan SEA 2017 yang diadakan di Velodrom Nasional Malaysia, minggu lalu.

“Hampir 60 peratus laluan sebenar acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita menggunaka­n laluan kejohanan Pra-sukan SEA 2017 yang diadakan Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n MNCF, semalam.

Abu Samah yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA) menegaskan laluan membabitka­n dua negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan itu sudah mendapat persetujua­n pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi kerajaan lain.

Justeru, Abu Samah berharap barisan pelumba negara dapat mengulangi pencapaian 2001 yang menyaksika­n Malaysia mendominas­i tempat pertama sehingga kelima.

Ulangi pencapaian

“Pada 2001, kita menang tempat pertama sampai kelima. Bagaimanap­un, peraturan Sukan SEA 2001 menyebut pingat gangsa perlu diberikan kepada pelumba negara lain sekiranya emas dan perak dimenangi tuan rumah.

“Kelebihan berlumba di tempat sendiri harus dimanfaatk­an. Laluan ini juga laluan nostalgia. Sekiranya menang emas, ia bermakna kita mempertaha­nkan emas yang dimenangi di Sukan SEA 2015 di Singapura, selain mengembali­kan nostalgia 2001,” katanya.

Dalam pada itu, Abu Samah berharap persiapan rapi menjalani latihan di Australia akan mampu menjadi pemangkin semangat di kalangan pelumba Malaysia untuk mengesahka­n status sebagai ‘Raja Lebuh Raya Asean’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia