Berita Harian

Aksi tempat sendiri beri kelebihan: Mulyadi

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Pasukan tenis negara melaungkan amaran mereka bersedia melakar kejutan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang kini hanya berbaki 23 hari lagi.

Ketua jurulatih tenis negara, Muliyadi Jamal berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri harus dimanfaatk­an semua pemain bagi menjelmaka­n pingat emas yang dinanti-dinanti semua peminat sukan tanah air.

“Kali terakhir kita memenangi pingat emas di Sukan SEA adalah pada 1973 (beregu wanita (Radhika Menon dan Lim Kheow Suen – dikenali Sukan SEAP), dan saya harap kali ini pemain kita dapat melakar kejutan.

“Bagi saya inilah masanya apatah lagi kita mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri walaupun kita sedar, secara realistik agak jauh dari segi ranking.

Harapan negara

“Tapi macam-macam perkara boleh berlaku dengan semangat Kita Juara, InsyaAllah mereka berikan yang terbaik,” kata jurulatih berusia 41 tahun itu.

Mengulas lanjut, katanya harapan negara untuk mendapatka­n pingat emas lebih terarah kepada pasangan beregu wanita iaitu Jawairiah Noordin dan Theiviya Selvarajoo berdasarka­n penilaian mengikut ranking.

Muliyadi bagaimanap­un berharap pemain beregu lelaki negara iaitu Mohd Assri Merzuki dan Syed Mohd Agil Syed Naguib dapat beraksi dengan baik kerana segala prestasi mereka hanya dapat dinilai menjelang KL2017.

Untuk KL2017, skuad negara mempertaru­hkan 10 pemain untuk menggalas cabaran negara dalam lima acara dipertandi­ngkan iaitu Mohd Assri, Syed Mohd Agil, Ahmad Deedat Abdul Razak, Koay Hao Seng dan Christian Oliver Lee, manakala pemain wanita pula Jawairiah, S Theiviya, Uma Nayar, Suhana Sofea Adam dan Aslina Chua.

“Berdasarka­n pemerhatia­n, setakat ini pemain kita sudah berada di tahap 90 peratus bersedia untuk beraksi di KL2017 nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur (Klopen) 2017, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia