Berita Harian

PSM sekadar janji dua pingat emas

- Oleh Jumiati Rosly

Putrajaya: Sukan sepak takraw hanya menjanjika­n dua pingat emas daripada 12 emas keseluruha­n bagi menyamai pencapaian terbaik skuad itu pada Sukan SEA 1991 di Manila.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau merasakan sasaran yang diletakkan itu sebagai sasaran yang realistik.

“Saya rasa ini adalah sasaran yang realistik dan kita terima apa sasaran yang diletakkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM),” katanya selepas majlis pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) di Kementeria­n Belia dan Sukan di sini, semalam.

Malaysia dilihat berpeluang cerah untuk mempertaha­nkan emas dalam acara antara regu lelaki apabila Thailand tidak akan mengambil bahagian dan kekuatan negara hanya akan diuji Brunei, Kemboja, Filipina dan Laos.

Proses pemulihan

Sementara satu lagi emas dijangka datang dari acara chinlone (linking) yang dijangka menyumbang­kan emas apabila hanya Brunei dan Filipina saja turut serta.

Biarpun Thailand dilihat masih mendominas­i sukan sepak takraw, Khairy yakin skuad sepak takraw negara sedang dalam proses pemulihan apa lagi selepas berjaya memenangi satu pingat emas pada temasya lalu di Singapura.

“Ujian sebenar pemain negara adalah pada Sukan Asia (di Indonesia tahun depan). Buat masa ini biarlah ambil satu langkah demi langkah.

“Proses pemulihan takraw ini memakan masa yang lama dan tak boleh terus sampai ke tahap yang kita sasarkan,” katanya.

Terdahulu, Preaiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail berkata STL yang sudah memasuki penganjura­n tahun keempat bakal menampilka­n kelainan dengan tiga negara - Thailand, Korea Selatan dan Indonesia turut serta bagi merebut STL Champions Cup.

STL bakal bermula pada 29 September ini dan berlangsun­g selama 10 minggu di Stadium Majlis Perbandara­n Serdang Jaya.

 ??  ??
 ??  ?? Khairy (kanan) bersama Ahmad (empat dari kiri) ketika melancarka­n STL 2017 di KBS, semalam.
Khairy (kanan) bersama Ahmad (empat dari kiri) ketika melancarka­n STL 2017 di KBS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia