Berita Harian

Ben Leong gah hari pertama

Danny Chia, Mohd Zur'ie terus ekori pendahulu

- Oleh Syed Ridzuan Ahmad

Ben Leong bermula cemerlang pada hari pertama Kejuaraan CIMB Kebangsaan dengan merakam tujuh bawah par 65 di lapangan TPC Kuala Lumpur, semalam.

Leong mendahului tiga pukulan di depan barisan pemain terbaik tempatan yang turut memburu tiket automatik ke CIMB Classic pada, 12 hingga 15 Oktober ini.

Danny Chia dan Mohd Zur’ie Harun masing-masing mencatat 68 pukulan untuk terus mengekori Leong manakala Amir Nazrin Jailani dan Wilson Choo empat pukulan di belakang pendahulu selepas mencatat pusingan68.

Leong, 31, melakukan lapan birdie tetapi dipadamkan dengan satu bogey untuk meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik menyertai kejohanan golf paling berprestij negara dan rantau ini, CIMB Classic.

“Ia amat bermakna bagi saya sekiranya dapat melayakkan diri ke CIMB Classic.

Jelajah Asia

“Bagaimanap­un, ia lebih bermakna sekiranya saya dapat masuk ke dalam kelompok 10 teratas Jelajah Asia di mana kutipanhad­iahkemenan­ganmenentu­kan kedudukan,” katanya.

Sementara itu, Chia, yang memburu penampilan keenam di CIMB Classic di mana pencapaian terbaiknya ialah terikat di tangga ke-13 pada edisi 2011, berharap pusingan lebih rendah menantinya pada baki tiga hari terakhir.

“Pukulan saya baik kecuali di lubang ketiga di mana bola terkeluar dari kawasan permainan.

“Bagaimanap­un saya melakukan bogey di lubang itu untuk terus kekal dalam saingan.

“Ia permulaan yang baik dan saya jangkakan catatan lebih rendah akan datang kemudian. Saya hanya sasarkan untuk tidak ketinggala­n terlalu jauh selepas pusingan pertama,” kata Chia.

 ??  ?? Aksi Ben Leong pada hari pertama Kejuaraan CIMB Kebangsaan di TPC Kuala Lumpur.
Aksi Ben Leong pada hari pertama Kejuaraan CIMB Kebangsaan di TPC Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia