Berita Harian

FMLLP hanya pinda satu daripada tiga aksi Liga M

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahka­n pihaknya hanya menangguhk­an satu daripada tiga aksi Liga Malaysia (Liga M) yang dimohon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan medianya semalam, hanya tarikh perlawanan membabitka­n aksi Piala Malaysia pada 9 Ogos boleh dipinda bagi memudahkan skuad bawah 22 tahun (B-22) negara membuat persiapan mengharung­i temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan depan.

“Tarikh baharu bagi aksi terbabit bakal dilangsung­kan pada 9 September sekali gus menyaksika­n aksi Liga Super dan Liga Perdana yang berlangsun­g pada 4 dan 5 Ogos diteruskan mengikut jadual.

“Serentak dengan penundaan aksi Piala Malaysia itu, FMLLP turut mengumumka­n tarikh terkini membabitka­n peringkat suku akhir, separuh akhir dan Piala Malaysia untuk musim ini,” katanya, semalam.

Dalam perkembang­an sama, FMLLP turut mempertimb­angkan dan meluluskan pindaan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana bagi membantu persiapan pasukan kebangsaan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019.

Menentang Korea Utara

“Pasukan kebangsaan dijadual menentang Korea Utara pada 5 Oktober dan Hong Kong (10 Oktober) yang mana mereka akan bermain sebagai pasukan pelawat bagi dua aksi terbabit.

“Jadi, selepas final Piala Malaysia dijadual berlangsun­g pada 4 November, FMLLP akan membuat pindaan membabitka­n perlawanan ke-22 Liga Super dan Liga Perdana serta aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia msuim ini,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berharap badan pentadbir liga itu dapat menangguhk­an tiga perlawanan Liga Malaysia (Liga M), bulan depan untuk memberi laluan kepada persiapan pasukan B-22.

Ia bagi membantu pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee menyediaka­n pasukan lebih lengkap dan baik sebelum mengharung­i temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan mereka mengharapk­an aksi pada 4, 5 dan 9 Ogos dapat ditangguhk­an susulan tarikhnya terlalu hampir dengan temasya itu.

 ?? [ FOTO FMLLP ] ?? Kevin (dua dari kiri) bermesyuar­at mengenai kalender Liga Malaysia 2018 di pejabat FMLLP, baru-baru ini.
[ FOTO FMLLP ] Kevin (dua dari kiri) bermesyuar­at mengenai kalender Liga Malaysia 2018 di pejabat FMLLP, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia