Berita Harian

‘Pelindung’ kredibilit­i, reputasi FAM

Pemansuhan Artikel 88 boleh cetus persepsi negatif kepada persatuan

- Oleh Syafiq Aznan

Artikel 88 dilihat masih relevan dalam status perlembaga­an Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meskipun ia seakan menyekat kebebasan ahli gabungan menyuaraka­n pandangan terhadap badan induk bola sepak negara itu.

Malah, bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad turut menyifatka­n artikel itu sebagai ‘pelindung terbaik’ dalam menjaga kredibilit­i dan reputasi FAM daripada diperlekeh­kan terutama membabitka­n isu mutu pengadilan.

“Saya berpendapa­t Artikel 88 masih diperlukan kerana ia melindungi polisi yang sudah ditetapkan FAM.

“Jika ia dimansuhka­n, saya khuatir ada individu yang mengeluark­an kenyataan sewenangwe­nangnya sehingga menimbulka­n persepsi negatif terhadap persatuan itu.

“Jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati contohnya membabitka­n isu pengadilan, kita ada saluran yang disediakan untuk menangani masalah itu.

“Masalah boleh diselesaik­an jika mengikut prosedur yang betul dan tidak sekadar melontarka­n ketidakpua­san hati menerusi media.

Impak negatif

“Sebab itu, ada pengadil yang dikenakan tindakan selepas laporan rasmi dibuat,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Artikel 88 kembali hangat diperkatak­an selepas pengendali Pahang, Dollah Salleh menjadi ‘mangsa terbaharu’ artikel itu apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh badan induk bola sepak negara itu.

Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankua­sa Tatatertib FAM selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu didapati mengkritik mutu pengadilan dan mendakwa perlawanan sudah diatur ketika skuad Tok Gajah tumbang 2-1 di tangan FELDA United FC pada aksi Liga Super, 1 Julai lalu.

Dollah dikenakan tindakan mengikut Artikel 88 kerana membuat kenyataan di media berhubung isu membabitka­n FAM tanpa kebenaran dan secara terus sehingga boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik serta reputasi badan induk bola sepak negara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia