Berita Harian

Terengganu terlepas takhta

Skuad Penyu, NS terikat, KL rampas pendahulu

- Oleh Faizul Azlan Razak

Skuad Penyu bangkit dari ambang kekalahan dengan mengikat Negeri Sembilan 2-2 pada saat akhir saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Keputusan itu sekali gus menyaksika­n Terengganu terlepas takhta pendahulu kepada Kuala Lumpur (KL) selepas kedua-duanya mengutip jumlah mata sama, namun dibezakan jumlah jaringan gol dan bolos.

Pun begitu, hujan lebat bermula kira-kira 15 minit sebelum sepak mula yang kemudian menyaksika­n padang stadium digenangi air menyaksika­n perlawanan tertangguh selama 40 minit.

Sebaik permainan bermula, pelawat bermula garang dengan percubaan awal ke gawang tuan rumah menerusi Mohd Noor Hazrul Mohd Mustaffa pada minit ketiga.

Tuan rumah kemudian bangkit melakukan serangan balas dengan dua percubaan menerusi Ismail Faruqi Ashari yang gagal menemui jaringan minit kelima dan pada minit ke-12.

Tchetche jadi wira

Pada minit 17, lorongan cantik Kipre Tchetche gagal disempurna­kan dengan baik J Partiban sekali gus mempersiak­an peluang keemasan dalam kotak penalti.

Empat minit berselang, rembatan Lee Andrew Tuck dari luar kotak penalti menggegar palang gol tatkala penjaga gawang Terengganu, Mohd Suffian Abd Rahman sudah tertewas.

Kesilapan ketua pasukan, Lazaro Vinicius yang membuat hantaran kepada Mohd Suffian tersekat dalam air sebelum Jonathan Behe merembat untuk gol pembukaan pada minit ke-38.

Bekas penyerang Sabah kelahiran Perancis itu meledak gol kedua buat pasukannya berpunca sepakan sudut Tuck minit ke-41.

Bersambung babak kedua, tuan rumah merapatkan jurang gol menerusi Tchetche hasil lorongan Ismail Faruqi minit 47.

Jaringan itu sekali gus menyuntik semangat tuan rumah dengan melakukan serangan bertali arus memburu gol penyamaan ke kubu pelawat.

Hasilnya, Tchetche muncul wira skuad Penyu apabila gol pada minit ke-90 menceriaka­n lebih 6,000 penyokong Terengganu sekali gus menghampak­an NS untuk meraih mata penuh.

 ?? [ FOTO ROZAINAH ZAKARIA / BH ] ?? Pemain Terengganu, Ismail Faruqi Ashari (tengah) diasak pemain Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
[ FOTO ROZAINAH ZAKARIA / BH ] Pemain Terengganu, Ismail Faruqi Ashari (tengah) diasak pemain Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia