Berita Harian

PKNP, Sabah, UITM FC cemerlang

- Oleh Nazri Abu Bakar, Ryan Stanley dan Rudy Syareme Sheriffudi­n

Kuala Lumpur: Pasukan Kuala Lumpur terus cemerlang apabila mengutip mata penuh dalam saingan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi, selepas membenam PDRM 3-0.

The Hawks hanya memerlukan seminit untuk menghadiah­kan jaringan pertama mereka menerusi tolakan Ashri Cuchu yang gagal diselamatk­an Firman Zamri pada minit ke-46 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-57.

PDRM terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Yasir Hanafi dilayangka­n kad merah pada minit ke-70 sekali gus memberi peluang untuk pelawat menam- bah jaringan menerusi sepakan penalti Guillherme de Paula pada minit ke-89 untuk kedudukan 3-0 buat Kuala Lumpur.

PKNP FC terus mengejar Di Stadium Negeri, Pulau Pinang,

PKNP FC mencatatka­n kemenangan apabila berjaya menumpaska­n Perlis 2-0 untuk terus menghambat kelompok atasan liga.

Gol pertama PKNP FC dijaringka­n kapten pasukan, Muhamad Shahrel Fikri melalui tandukan deras pada minit ke-43 hasil sepakan sudut yang diambil Vincent Lucas sebelum Mohamad Hafiz Ramdan melebarkan jurang menerusi penyudah kemas pada minit ke-71.

Di Stadium Likas,

Sabah sekadar berkongsi mata dengan Johor Darul Ta’zim (JDT II) selepas diikat 1-1 bertemu pasukan Harimau Selatan itu.

Sang Badak terlebih dulu mendahului permainan pada minit ke-31 menerusi tandukan ketua pasukan mereka, Rawilson Batuil yang mendapat hantaran sepakan percuma Sabri bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Gol penyamaan yang dicaricari JDT II akhirnya terhasil pada minit ke-44 hasil jaringan Shahfiq Shahrudin menyudahka­n sepakan percuma Nicolas Alberto Fernandez selepas pertahanan Sabah, Francis Kasonde gagal mengeluark­an bola.

Di Stadium Proton, Tanjung Malim,

pesta gol dapat disaksikan selepas MISC-MIFA menundukka­n Kuantan FA 6-3 namun kemenangan itu masih meletakkan mereka di zon penyingkir­an Perdana selepas 18 perlawanan.

Di Stadium UITM Shah Alam,

UITM FC mudah menjinakka­n ATM 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia