Berita Harian

BADAN KAWAL SELIA

Selesai isu rumah mampu milik

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

memiliki rumah berkenaan.

Harga berbeza

“Definisi rumah mampu milik bagi kebanyakan pemaju hartanah bermula pada harga lebih RM300,000 seunit, bertentang­an dengan kaji selidik Bank Negara Malaysia iaitu RM200,000 ke bawah.

“Saya akan berjumpa dengan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berbincang mengenai hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pleno bertajuk ‘Tumpuan Terhadap Asas Malaysia’ pada persidanga­n Invest Malaysia Kuala Malaysia 2017 (IMKL 2017) di Kuala Lumpur, semalam.

Baru-baru ini, Persatuan Pembeli Rumah (HBA) mencadangk­an penubuhan Pasukan Petugas Khas Rumah Mampu Milik yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi memantau keperluan perumahan mampu milik dalam kalangan golongan berpendapa­tan menengah di negara ini.

Dasar awam

Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong dipetik sebagai berkata, penubuhan pasukan petugas khas seumpama itu perlu berikutan semakin ramai kumpulan berpendapa­tan menengah berhadapan kesukaran membeli rumah, termasuk kategori rumah mampu milik akibat kenaikan kos sara hidup.

Mengulas isu sama, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, berkata satu dasar awam yang mantap, inovatif dan tersusun adalah penting bagi menangani cabaran menyediaka­n perumahan mampu milik.

Justeru, katanya, adalah penting ekosistem penyampaia­n perumahan mampu milik sedia ada dipertingk­atkan bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

“Ekosistem itu termasuk penubuhan pangkalan data bersepadu bekalan dan permintaan rumah, pembanguna­n model pembiayaan inovatif bagi membiayai rumah mampu milik serta mempelbaga­ikan kerjasama untuk menyediaka­n rumah mampu milik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia