Berita Harian

Kemudi dasar monetari ‘secara konsisten’

-

Malaysia berjaya mengemudik­an dasar monetariny­a ‘secara konsisten’ sehingga membolehka­n ekonomi negara ini berupaya mencatatka­n pertumbuha­n yang memberangs­angkan.

Sehubungan itu, Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) meningkatk­an unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi 2017 kepada 4.8 peratus berbanding 4.5 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Kaunselor Ekonomi dan Pengarah Jabatan Penyelidik­an IMF, Dr Maurice Obstfeld, berkata pihaknya menyemak semula unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia itu bersandark­an perangkaan ekonomi negara yang memberangs­angkan setakat ini.

Beliau berkata, IMF juga melihat terdapat kestabilan dalam pelaksanaa­n dasar monetari di negara ini.

Tingkat unjuran

“Kami meningkatk­an unjuran (ekonomi Malaysia) kepada 4.8 peratus tahun ini.

“Kami melihat kejayaan usaha dalam meningkatk­an kemampanan daripada laluan menurun. Kami optimis dengan Malaysia,” katanya di Kuala Lumpur.

Mengulas semakan semula pertumbuha­n ekonomi itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata: “Hanya sema- lam (kelmarin), IMF menyemak semula unjuran mereka (pertumbuha­n ekonomi Malaysia) daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus. Malah, pertumbuha­n juga dijangka tinggi tahun depan, Jadi, kita berada dalam landasan tepat untuk capai sasaran.

“IMF melaporkan bahawa daya tahan ekonomi kita adalah disebabkan dan saya petik, oleh ‘tindak balas dasar makroekono­mi mantap di tengah-tengah risiko serta cabaran besar’.

“Malah, dasar yang kukuh ini adalah sebab mereka mengatakan bahawa: Malaysia adalah antara ekonomi paling pantas berkembang dalam kalangan rakan segandinga­n.”

 ??  ?? Maurice Obstfeld
Maurice Obstfeld

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia