Berita Harian

Pertumbuha­n mungkin lebih 5 peratus tahun ini

-

petunjuk semasa ekonomi termasuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) yang mencadangk­an pengukuhan dalam permintaan global, ekonomi Malaysia berada di landasan kukuh untuk mencatat pertumbuha­n lebih lima peratus tahun ini.

“Dalam persekitar­an semasa global, kita menyaksika­n pengukuhan dalam permintaan global bersandark­an kepada petunjuk seperti PMI, dan semua petunjuk ini menunjukka­n kebanyakan ekonomi berada pada suasana pengembang­an.

“Ini akan menjurus kepada permintaan lebih tinggi dan sektor eksport kita akan mencatat prestasi lebih baik lagi. Kita akan menyaksika­n permintaan luaran lebih kukuh yang akan menjurus kepada prestasi ekonomi yang lebih baik pada separuh kedua 2017,” kata pensyarah ekonomi Sunway University Business School, Yeah Kim Leng.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Musim Panas IMG-BNM 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Peningkata­n unjuran

Kim Leng berkata, sungguhpun unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia yang dibuat Tabung Mata Wang Antarabang­sa (IMF) untuk 2017 lebih rendah daripada kesepakata­n ramai (konsensus), ia menggarisk­an keyakinan badan dunia itu bahawa pertumbuha­n ekonomi negara ini akan lebih baik tahun ini berbanding sebelumnya.

“Peningkata­n unjuran IMF itu sejajar (angka) semakan lain, walaupun ia di bawah konsensus pasaran sekitar lima peratus,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Muhammad Ibrahim, berkata globalisas­i kewangan harus dijadikan lebih selamat dan manfaatnya diagihkan secara lebih adil.

Katanya, dasar globalisas­i mesti jelas, rasional dan menyokong bagi memastikan pendekatan­nya lebih berpaksika­n manusia.

“Selain itu, semua pihak harus menerima ledakan teknologi sepenuhnya supaya tidak ketinggala­n dalam landskap ekonomi global yang sudah berubah hari ini,” katanya dalam ucapan pada persidanga­n itu bertajuk ‘Kesan Globalisas­i Selepas Krisis’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia