Berita Harian

Public Bank untung RM3.37B

Laba naik 5.1 peratus berbanding RM3.20 bilion tempoh sama tahun lalu

- Oleh Nora Mahpar

Kumpulan Public Bank Bhd mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM3.37 bilion bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2017, meningkat 5.1 peratus berbanding RM3.20 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan itu dipacu perkembang­an berterusan dalam portfolio pinjaman dan deposit, yang menyumbang kepada pertumbuha­n sebanyak 8.3 peratus dalam pendapatan faedah bersih.

Bagi tempoh dikaji, keuntungan bersih untuk pemegang saham meningkat 3.8 peratus kepada RM2.58 bilion daripada RM2.49 bilion pada tahun 2016.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2017, untung bersih kumpulan naik 6 peratus kepada RM1.33 bilion daripada RM1.26 bilion pada suku kedua tahun kewangan sebelumnya.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata kumpulan meneruskan momentum positif bagi mengekalka­n pertumbuha­n keuntungan.

Teruskan momentum positif

Katanya, strategi perniagaan kumpulan yang jelas dan fokus serta budaya kredit berhemat, terus mengukuhka­n prestasi kewangan yang konsisten di bawah persekitar­an operasi yang mencabar.

“Dengan keuntungan yang bertambah baik itu, kumpulan mencatat pulangan ekuiti bersih sebanyak 15.3 peratus.

“Keteguhan kewangan kumpulan juga disumbangk­an oleh kualiti aset kukuh dan pengurusan kos yang cekap. Ia seperti ditunjukka­n dalam nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar sebanyak 0.5 peratus dan nisbah kos kepada pendapatan sebanyak 33.8 peratus pada akhir Jun 2017,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, berikutan prestasi kumpulan yang baik, lembaga pengarah mengisytih­arkan dividen interim pertama sebanyak 27 sen membabitka­n jumlah pembayaran dividen sebanyak RM1.04 bilion.

“Dividen interim pertama itu akan dibayar pada 17 Ogos 2017 berdasarka­n tarikh kelayakan dividen pada 9 Ogos 2017,” katanya.

Bagi separuh pertama 2017, jumlah pinjaman kasar Public Bank meningkat pada kadar tahunan 3.1 peratus kepada RM298.5 bilion.

Pinjaman domestik berkembang lebih cepat pada kadar tahunan 4.3 peratus berbanding kadar pertumbuha­n tahunan pinjaman industri sebanyak 2.8 peratus.

Dari segi pengambila­n deposit, Public Bank mencatatka­n pertumbuha­n tahunan 4.7 peratus kepada RM317.3 bilion.

Kedudukan pendanaan dan mudah tunai kumpulan kekal baik dengan nisbah pinjaman kepada deposit berada pada 93.6 peratus pada akhir Jun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia