Berita Harian

Touch n Go kini di mesin layan diri

Kerjasama tiga pihak permudah urusan gaya hidup tanpa tunai

- Oleh Nurhayati Abllah

Touch n Go Sdn Bhd (TNGSB) meneruskan komitmen untuk membudayak­an ‘pembelian tanpa tunai’ dalam kalangan masyarakat dengan memperkena­lkan kemudahan pembayaran tanpa tunai di mesin layan diri.

Ia dihasilkan menerusi kerjasama peneraju kemudahan pembayaran elektronik tempatan itu dengan pengendali mesin layan diri automatik, Ventaserv Sdn Bhd dan Cola Cola Refreshmen­ts (M) Sdn Bhd, iaitu pengeluar dan pengedar jenama popular dunia, Coca Cola.

Usaha sama itu sekali gus menjadikan penggunaan kad Touch n Go pertama di rangkaian mesin layan diri Ventaserv yang menawarkan pelbagai pilihan produk minuman jenama Coca Cola.

Ketua Pegawai Operasi TNGSB, Farilla Abdullah, berkata kerjasama itu adalah satu inisiatif penting dalam misi Touch n Go ke arah mempromosi­kan masyarakat tanpa tunai dalam gaya kehidupan serba pantas pada hari ini.

“Kemudahan yang dibawakan Touch n Go ini mampu memberi manfaat kepada pelanggan dan perniagaan dalam memudahkan urusan harian serta menjadikan urus niaga selamat dan cepat,” katanya pada pelancaran kemudahan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Ventaserv, Sophia Lim dan Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca Cola, Belinda Ford.

Beliau berkata, TNGSB sentiasa mempertimb­angkan kerjasama berpotensi pada masa depan untuk diketengah­kan bagi memenuhi keperluan dan bermanfaat kepada pengguna.

Sementara itu, Sophia berkata, syarikatny­a pertama di Malaysia dalam melaksana dan menjalanka­n perniagaan mesin layan diri dilengkapi dengan sistem pintar.

Lancar 1,000 mesin layan diri

“Selari dengan usaha itu, kami merancang untuk melancarka­n 1,000 mesin layan diri sekitar Lembah Klang menjelang akhir tahun ini dengan sasaran kira-kira 100 unit sebulan.

“Setakat ini, sejumlah 500 mesin layan diri ditempatka­n sekitar

Touch n Go yang sinonim sebagai kad pembayaran tanpa tunai di lebuh raya (tol), tempat letak kereta, premis runcit dan perkhidmat­an pengangkut­an awam seperti bas dan kereta api, kini boleh digunakan untuk pembelian minuman.

Mesin layan diri Ventaserv beroperasi 24 jam dan menawarkan minuman serta snek bermutu tinggi menerusi usaha sama dengan jenama utama pasaran. Lembah Klang dan bagi perancanga­n masa depan kami berusaha untuk memperluas­kan rangkaian kemudahan itu ke beberapa wilayah lain termasuk Johor serta Pulau Pinang,” katanya.

Sempena pelancaran itu, TNGSB juga melancarka­n Kempen 50 Perbelanja­an Tertinggi kepada semua pengguna Touch n Go, yang diadakan selama dua bulan bermula semalam berakhir 30 September ini.

Pengguna perlu mendaftark­an diri menerusi portal Touch n Go dan berbelanja di mesin layan diri Ventaserv terpilih dengan pembelian minimum RM20 ke atas.

Pemenang akan menerima satu set kad edisi terhad Touch n Go dengan setiap satu mempunyai nilai tambah RM5 dan satu kartun minuman Coca Cola.

 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH ?? Sophia (dari kanan) Farilla dan Belinda pada pelancaran mesin layan diri pertama menggunaka­n kad Touch n Go di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI/BH Sophia (dari kanan) Farilla dan Belinda pada pelancaran mesin layan diri pertama menggunaka­n kad Touch n Go di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia