Berita Harian

Bursa ditutup bercampur-campur

Sentimen berhati-hati terus menguasai pasaran tempatan

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dalam keadaan dagangan berhati-hati susulan pelabur mengambil keuntungan, terutama dalam saham bermodal kecil, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,763.34, naik 1.35 mata daripada 1,761.99 semasa ditutup pada Isnin. Selepas dibuka kukuh 4.01 mata kepada 1,766.0, saham pandu pasaran bergerak antara 1,761.16 dan 1,766.47 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi, bagaimanap­un, mengatasi kaunter untung sebanyak 513 berbanding 329, dengan 389 kaunter tidak berubah, 608 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 1.68 bilion unit bernilai RM1.63 bilion daripada 1.67 bilion saham bernilai RM1.68 bilion semalam.

Peniaga berkata, sentimen berhati-hati terus menyelubun­gi pasaran menjelang mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n selama dua hari yang dijangka bermula lewat hari ini.

Peningkata­n indeks

“Bagaimanap­un, peningkata­n dalam indeks petunjuk pasaran tinggi disokong oleh harga minyak mentah yang kukuh, selain unjuran pertumbuha­n ekonomi mata wang lebih kukuh oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF),” katanya.

Semalam, IMF menyemak naik unjurannya bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2017 kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga dan Public Bank, masing-masing meningkat empat sen kepada RM14.22 dan RM20.42, manakala CIMB naik satu sen kepada RM6.35. Maybank susut satu sen kepada RM9.62.

Sime Darby kekal tidak berubah pada RM9.55. Daripada saham aktif, Borneo Oil turun setengah sen kepada 10 sen, MLAB merosot 1.5 sen kepada 15.5 sen dan Iwcity jatuh 13 sen kepada RM1.33.

Globaltec dan Kgroup, masingmasi­ng tidak berubah pada 6.5 sen dan 3.5 sen. Sam Engineerin­g dan Equipment mengatasi senarai paling untung, meningkat 34 sen kepada RM8.30, manakala kaunter paling rugi, Hong Leong Financial, susut 26 sen kepada RM16.92.

Indeks FBM Emas merosot sebanyak 6.48 mata kepada 12,549.59, Indeks FBM Emas Syariah turun 13.86 mata kepada 12,717.56 dan Indeks FBMT 100 berkuranga­n 3.78 mata kepada 12,193.85. FBM 70 jatuh 54.01 mata kepada 14,877.61 dan FBM Ace merosot 124.43 mata kepada 6,574.72. Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 8.52 mata kepada 16,695.13 dan Indeks Perladanga­n turun 15.29 mata kepada 7,838.46. Indeks Perusahaan naik 5.36 mata kepada 3,283.62.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.06 bilion saham bernilai RM1.52 bilion daripada 1.05 bilion saham bernilai RM1.56 bilion pada Isnin.

Waran naik kepada 149.20 juta unit bernilai RM15.31 juta berbanding 100.49 juta unit bernilai RM11.42 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 463.18 juta saham bernilai RM91.57 juta daripada 508.32 juta saham bernilai RM100.93 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang 60.19 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (284.16 juta), pembinaan (106.07 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (366.60 juta), teknologi (37.34 juta), infrastruk­tur (7.64 juta), SPAC (3.96 juta), kewangan (39.74 juta), hotel (2.22 juta), hartanah (135.30 juta), perladanga­n (12.93 juta), perlombong­an (21,800), REITS (2.33 juta) dan dana tertutup (sifar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia