Berita Harian

Dolar henti kerugian jejas pasaran Asia

-

Asia bergelut pada Selasa apabila dolar menghentik­an kerugian dengan tumpuan beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutua­n minggu ini.

Walaupun ia tidak dijangka untuk membawa sebarang perubahan dalam kadar faedah, mesyuarat Fed akan dipenuhi pedagang yang mengharapk­an beberapa petanda mengenai kenaikan masa depan.

Mesyuarat itu adalah perkara paling utama minggu ini bagi pemerhati AS. Ia berakhir pada Rabu dan data ekonomi suku kedua dikeluarka­n pada Jumaat, sementara firma besar berada pada tahap tertinggi pada musim pelaporan mereka.

“Rangsangan yang tinggi kekal mengheret sentimen pasaran apabila pendengara­n kongres penasihat Rumah Putih, namun dijamin beberapa risiko utama dan kemungkina­n peningkata­n keberanian Russia,” kata Stephen Innes, ketua perdaganga­n Asia Pasifik di OANDA.

Pasaran ekuiti bergerak masuk dan keluar sepanjang hari. Saham Tokyo turun 0.1 peratus manakala Hong Kong ditutup lebih tinggi sedikit, selepas meningkat untuk 10 daripada 11 hari dagangan sebelumnya.

Shanghai susut 0.2 peratus, namun Sydney naik 0.7 peratus dan Singapura naik 0.4 peratus. Seoul tergelinci­r 0.5 peratus dan Taipei tidak berubah.

Pasaran saham India mencatatka­n rekod baharu dengan indeks Nifty merekodkan 10,000 mata buat kali pertama apabila peniaga bimbang dengan pembaharua­n ekonomi.

Nifty yang terdiri daripada 50 syarikat terkemuka di India, naik 0.5 peratus sejurus selepas dibuka. Indeks Sensex Bursa Saham Bombay melambung, naik 0.4 peratus.

Peniaga As memberikan petunjuk lemah dengan Dow dan S&P 500 masing-masing berakhir dengan kerugian.

Pada sesi tengah hari, mata wang tunggal dalam dagangan Asia berada pada AS$1.1664.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Saham di pasaran Tokyo turun 0.1 peratus, semalam.
[ FOTO AGENSI ] Saham di pasaran Tokyo turun 0.1 peratus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia