Berita Harian

PERMATA LAUT INDAH

Mutiara asli anugerah berharga, simbolik kemewahan

-

Mutiara adalah satu-satunya batu permata indah yang dihasilkan oleh hidupan laut, hingga ia menjadi buruan manusia kerana nilai keindahan dan kelainanny­a. Batu permata ini juga diangkat sebagai anugerah berharga dalam kalangan peminatnya,

Sungguhpun sudah diketahui kewujudann­ya sejak ribuan tahun sebelum Masihi di India, China dan Parsi, kehadiran mutiara terus menjadi dambaan wanita yang sukakan nilai eksklusif pada pemakaian aksesori.

Pengusaha koleksi mutiara Juwina Pearl,

Nur Ain Duia Abdullah, berkata pemakaian mutiara asli (dasar laut) diangkat sebagai perhiasan mewah begitu popular di Malaysia.

Katanya, namun bukan calang-calang orang yang boleh memiliki dan memakainya kerana harga batu permata asli begitu mahal.

Ini berikutan, batu permata ini dihasilkan secara semula jadi dan sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut mampu berkembang menjadi mutiara. Setiap penghasila­nnya pula mengambil masa hampir dua tahun.

Kaedah alternatif

Mutiara sebenarnya, terhasil daripada tindak balas tiram apabila berhadapan dengan benda asing, termasuk butiran pasir dan sebagainya yang terperangk­ap pada bahagian tisu lembut dalam kulitnya.

Namun, kebarangka­lian tiram dimasuki benda asing sangat jarang, sekali gus melonjakka­n harga mutiara ditemui di dasar laut, berbanding mutiara diternak atau kultur.

“Kini, ada kaedah alternatif untuk menghasilk­an batu permata dan ia bukan saja menyediaka­n harga lebih berpatutan, tetapi singkat tempoh penghasila­nnya. Usaha ini diketengah­kan menerusi inisiatif menternak tiram.

“Ia bertujuan untuk penghasila­n mutiara air tawar bagi tujuan komersial,” katanya ketika ditemui sempena Hari Kraftangan 2017, di Kompleks Kraftangan Malaysia, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ada kaedah alternatif untuk menghasilk­an batu permata dan ia bukan saja menyediaka­n harga lebih berpatutan, tetapi singkat tempoh penghasila­nnya” Nur Ain, Pengusaha koleksi mutiara Juwina Pearl

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ?? Nur Ain Duia menyatukan keindahan mutiara dengan bahan logam untuk menghasilk­an gelang.
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] Nur Ain Duia menyatukan keindahan mutiara dengan bahan logam untuk menghasilk­an gelang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia