Berita Harian

ORANG MUDA

Pencapaian terbesar tamat larian rentasi gurun

-

Bukan calang-calang orang boleh berlari merentasi gurun yang panas terik, kering dan tandus.

Hanya mereka yang bersemanga­t kental dan mempunyai keazaman tinggi sahaja mampu mengharung­i kegetiran berada di tengah padang pasir.

Bagi anak muda bernama Jerry Song Zhi Liang ini, tiada apa yang dapat menghalang­nya untuk menyertai larian di tengah gurun pasir itu, melainkan hanya kerana minatnya terhadap aktviti lasak.

Dia memperoleh kepuasan apabila menyertai larian sejauh 250 kilometer merentasi Gurun Gobi di China dalam Siri Larian 4 Gurun pada 18 Jun lalu.

Walaupun tidak digembarge­mburkan mengenai kejayaanny­a itu, namun apa yang penting bagi anak muda berusia 21 tahun, ia tetap dianggap sebagai satu pencapaian peribadi terbesar dalam hidupnya.

Kuatkan semangat hadapi rintangan

Perlumbaan merentasi gurun dan padang pasir yang berlangsun­g selama tujuh hari itu ternyata menguji kekuatan mental dan fizikalnya.

Dalam tempoh seminggu, ada enam peringkat perlumbaan yang perlu diselesaik­an.

Jerry mengakui, pada hari pertama sehingga keempat tiada masalah untuk mengharung­i cabaran yang memang menggetirk­an semua peserta.

“Walaupun perlu berlari dan berjalan sambil membawa backpack yang berisi segala keperluan antaranya sleeping bag, makanan dan pakaian yang berat keseluruha­nnya mencecah 50 kilogram, saya masih mampu menamatkan perlumbaan pada waktu ditetapkan.

“Bagaimanap­un selepas masuk hari kelima, kaki mulai pecah (blisters) dan menyukarka­n saya untuk meneruskan larian.

“Laluan yang berbatu, kasut yang basah akibat hujan menambahka­n kesakitan, namun saya tidak peduli dan kuatkan semangat untuk sampai ke checkpoint.

“Cuaca yang tidak menentu juga membuatkan larian kurang konsisten, namun apa yang terlintas dalam fikiran adalah saya perlu menamatkan perlumbaan ini,” katanya.

Peserta veteran beri kata semangat

Disenaraik­an sebagai antara peserta termuda, persaingan memang sengit lebih-lebih menghadapi cabaran daripada mereka yang berpengala­man dan mahir dengan selok-belok laluan di gurun.

Namun, mereka tidak kedekut ilmu. Malahan, kebanyakan peserta veteran banyak memberikan kata-kata perangsang dan ini memberikan semangat kepada Jerry untuk terus kuat mengharung­i cabaran.

“Hari terakhir perlumbaan, saya diserang heat stroke pada waktu malam dan doktor memberikan rawatan segera untuk pastikan saya boleh menamatkan perlumbaan.

“Merentasi padang pasir yang amat panas bukan mudah, namun saya cekalkan hati dan selalu pujuk diri sendiri yang saya boleh habiskan larian ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Mengibarka­n Jalur Gemilang selepas menamatkan larian.
Mengibarka­n Jalur Gemilang selepas menamatkan larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia