Berita Harian

7 faktor penentu gred mutiara

-

Nur Ain Duia berkata, keunikan mutiara bukan saja kerana ia sukar ditemui, tetapi warnanya yang bersinar dan pelbagai membuatkan batu asli itu lebih berharga.

“Gred mutiara biasanya bergantung pada tujuh faktor antaranya kecantikan kilauan, saiz, bentuk, permukaan, warna, berat dan keaslian, sama ada ia diternak atau semula jadi.

“Untuk saiz mutiara asli, ia bermula daripada seakan kepala pin bahkan mampu lebih besar daripada bola golf. Pembentuka­n saiz ini bergantung kepada pelbagai pendedahan faktor, antaranya saiz tiram, tempoh penghasila­n, suhu dan keadaan persekitar­an serta kesihatan induknya,” katanya.

Nur Ain Duia berkata, pantulan cahaya dan kebersihan serta kelembutan warna pada mutiara turut menjadi fokus utama menentukan kecantikan batu permata itu.

Pelbagai bentuk

“Permukaan mutiara yang bersih jernih hanya boleh berlaku selang jutaan tahun. Selalunya, tiram akan meninggalk­an kesan terhadap pembentuka­n mutiara dihasilkan.

“Sementara itu, mengikut pengalaman saya mutiara berwarna merah jambu menerima sambutan tinggi berbanding putih dan mutiara dihasilkan secara semula jadi di laut sememangny­a mempunyai nilai begitu tinggi berbeza daripada ternakan,” katanya.

Mutiara juga hadir dalam pelbagai bentuk termasuk leper, butang, berekor dan bujur dan jarang sekali tiram menghasilk­an batu indah yang bulat dan sempurna kerana pengaruh persekitar­an.

“Uniknya, mutiara bukannya bulat seperti diketahui umum. Pembentuka­nnya bergantung kepada jenis dan saiz tiram.

“Warna mutiara juga dibahagika­n kepada beberapa termasuk putih, kekuningan, merah jambu atau coklat dan jarang sekali mutiara hitam tulen dijumpai,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia