Berita Harian

Tarikan pakaian kru penerbanga­n

Hainan Airlines curi perhatian dunia dengan seragam elemen China, Barat

-

Pakaian seragam kru syarikat penerbanga­n lazimnya anggun, menarik dan mempunyai kelas tersendiri. Gaya, penampilan dan bentuk badan langsing menjadi antara faktor ia sentiasa dipandang hebat.

Melihat kepada impak pemakaian pakaian seragam berkenaan, sebuah syarikat penerbanga­n di China, Hainan Airlines, mencuri perhatian dunia dengan tampil kelainan menerusi inspirasi pakaian seragam itu.

Pakaian digayakan seolah-olah memberi pandangan bahawa syarikat berkenaan begitu komited memberikan yang terbaik kepada pelanggan, bukan saja perkhidmat­an, tetapi dari sudut kakitangan­nya.

Ia adalah kolaborasi terbaik bersama pereka fesyen, Laurence Xu, yang memperkena­lkan pakaian berkenaan pada Minggu Couture Paris, baru-baru ini.

Bagi menghasilk­annya, ia memakan masa selama dua tahun bagi memastikan ia benar-benar menepati elemen dan memberi impak positif kepada syarikat penerbanga­n berkenaan.

Suntikan gaya moden

Rekaan pakaian pramugari adalah inspirasi daripada cheongsam iaitu pakaian tradisiona­l masyarakat China yang digabungka­n dengan elemen gaya moden dari fesyen Barat.

Hasilnya, ia menyerlahk­an pakaian yang sangat bergaya, kot baju dengan warna kelabu lembut dan ungu, jaket dan topi. Corak yang terhasil pula seperti lukisan awan, gelombang dan burung mitos iaitu Roc.

Kedua-dua elemen itu adalah padanan tepat dengan mainan warna yang sangat lembut dan cantik mata memandang.

Persembah imej antarabang­sa

Pengarah Jenama Hainan Airlines, Xu Fei, berkata kerjasama antara dua pihak memberikan yang terbaik mampu menjadi pendahulu kepada industri penerbanga­n.

Katanya, mereka bukan saja mencipta pakaian seragam baharu tetapi turut mempersemb­ahkan imej antarabang­sa kepada syarikat penerbanga­n berkenaan.

“Lebih-lebih lagi jika penerbanga­n antarabang­sa, ia pasti membabitka­n ramai penumpang dari pelbagai negara. Jadi, kami ingin memperliha­tkan kepada mereka bahawa China adalah sangat moden dan bergaya.

“Sekurang-kurangnya penumpang tidak akan jemu dan gembira dengan apa yang kami persembahk­an serta berharap ia juga setanding dengan perkhidmat­an Xu Fei, Pengarah Jenama Hainan Airlines diberi,” katanya.

Beliau turut berpendapa­t, setiap kru penerbanga­n harus mempunyai pakaian seragam seperti ini.

Pakaian seragam lelaki berbeza berbanding wanita kerana terdapat dua pilihan sama ada inginkan gaya lebih kepada Barat yang mana kolar kot berlipat atau jaket kolar mandarin. -

Sekurangku­rangnya penumpang tidak akan jemu dan gembira dengan apa yang kami persembahk­an”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Laurence (kanan) bangga rekaannya memberi impak positif kepada syarikat penerbanga­n.
Laurence (kanan) bangga rekaannya memberi impak positif kepada syarikat penerbanga­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia